Hari ini, SEGA telah memberi info tambahan tentang mini-game dan cara-cara untuk menguatkan protagonis melalui memperoleh bahan, senjata dan abiliti dalam “Like a Dragon: Ishin!“. Walaupun hanya mini-game dan misi sampingan, elemen gameplay ini penting untuk membuatkan Ryoma (protagonis) lebih kuat.
Berikut adalah rumusan lengkap:
Training: Training Under Masters
- Semasa memajukan jalan cerita, anda akan bertemu dengan pelbagai ‘master’ yang boleh membantu Ryoma meningkatkan abilitinya. Terdapat ‘master’ untuk setiap gaya pertempuran, dan anda boleh mempelajari teknik baharu dengan menjalankan latihan di bawah mereka.
Training: Mini-Games Scarecrow Chateau
- Sejumlah ‘orang-orang’ akan muncul dari tanah di mana pemain akan diberi markah berdasarkan berapa ramai dan jenis orang-orang yang dimusnahkan. Ganjaran untuk mini-game ini termasuk bahan senjata berharga dan ‘Books of Revelations’ yang membolehkan anda belajar teknik baru.
Cannon Coaching
- Anda mesti menyerang pada masa yang tepat untuk memusnahkan bebola meriam yang ditembak ke arah pemain. Anda boleh memainkan semula mini-game ini banyak kali untuk mengumpulkan bahan tertentu.
Wanted Men
- Misi ini menugaskan anda untuk memburu beberapa orang jahat yang membuat onar di kota. Sebagai ganjaran, anda boleh menerima emas, Books of Revelations dan banyak lagi.
Battle Dungeons
- Battle Dungeons adalah sebahagian daripada misi rahsia yang diberikan kepada Shinsengumi. Di sini, ada sejenis dungeon yang mengandungi beberapa peringkat berbeza. Selain mengalahkan musuh, beberapa misi memerlukan anda untuk mendapatkan semula kotak berharga atau menyelamatkan penduduk kota yang diculik. Anda akan menerima wang apabila menyelesaikan misi-misi ini. Anda juga boleh menyimpan apa sahaja yang ditemui di dalam dungeon termasuk senjata atau bahan yang dijatuhkan oleh musuh.
Arena
- Pelbagai pahlawan hebat dari seluruh Jepun akan berkumpul dan bersaing setiap hari di Arena. Terdapat dua format kejohanan:
- Knockout Match: mode di mana anda melawan lima musuh, satu demi satu.
- Hundred-Man Beatdown, pertarungan di mana anda menentang 100 musuh.
- Kemenangan akan memberi anda hadiah wang tunai dan Arena Points, yang boleh ditukar kepada hadiah seperti senjata atau bahan penting.
Begitulah cara-cara untuk menguatkan protagonis kita, Ryoma di dalam Like a Dragon: Ishin!; yang akan dikeluarkan pada 22 Februari 2022 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows dan Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post