Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey – Watak baharu didedahkan termasuk penjahat!

safwan by safwan
April 4, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
One Piece Odyssey – Watak baharu didedahkan termasuk penjahat!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dengan bantuan Eiichiro Oda telah mendedahkan watak baharu untuk game One Piece Odyssey yang akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun 2022.

Menurut Twitter @newworldartur, mereka telah mendedahkan lukisan baharu daripada Eiichiro Oda untuk beberapa watak baharu yang bakal tiba dalam game ini. Watak terbaru itu ialah Adio Suerte, Black Belly Mouse, Hidaree Penguin, Acer dan Kaio Dragon.

High quality version of Oda's sketches for One Piece Odyssey

Adio Suerte
Black-bellied Mouse
Hideri Penguin
Eisa
Sea King Dragon pic.twitter.com/yzzEGOyJZK

— Artur – Library of Ohara (@newworldartur) March 29, 2022

Berikut adalah serba sedikit tentang watak baharu:

  • Adio Suerte – Seorang yang berkawan dengan ahli Straw Hat Pirates semasa peristiwa One Piece Odyssey. Dia mempunyai lengan yang penuh dengan tatu dan berambut panjang berwarna biru. Dia memakai jaket kuning, seluar biru tua dan kasut hitam.
  • Black Belly Mouse – Spesies tikus berkaki dua dengan bulu kelabu, ekor melengkung, dan anggota badan yang pendek. Ia memakai topi ungu dan seluar pendek oren, dan ia sering mempunyai senyuman sombong di wajahnya.
  • Hidaree Penguin – Spesies penguin yang berbulu biru dan putih, bulu merah di bahagian atas kepalanya, mata yang kuyu, dan lidah panjang yang sering menjulur keluar dari paruhnya.
  • Acer – Makhluk seperti beruk dengan mata bulat, bibir tebal, kepala bulat, tangan panjang, dan kaki pendek. Ia juga mempunyai ekor dan belang pada badannya. Acer telah ditunjukkan dalam kumpulan, dan mereka melompat ke sana ke mari, menukar – tukar kaki di mana mereka menyokong dirinya sendiri.
  • Sea King Dragon- Seekor naga berkaki dua dengan mata yang kuyu dan sirip besar yang menyerupai Spinosaurus. Ia menyilangkan tangannya dan boleh bernafas menggunakan api.

Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Bandai Namco:

“Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.

Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”

“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”

Jalan cerita adalah sepenuhnya original dan tidak mengambil inspirasi daripada manga mahupun anime.

Dari segi gameplay, Odyssey dilabel sebagai RPG dan kemungkinan besar mengambil konsep yang sama seperti One Piece World Seeker. Apa yang membuatkan game ini istimewa adalah, selain Luffy – kita boleh bermain sebagai Zoro, Nami, Usopp, Sanji, Chopper, Robin, Frankie, dan Brook.

Didedahkan semasa acara siaran langsung ONE PIECE, game ini dicipta sempena ulang tahun ke-25 One Piece. Dengan jalan cerita original dan beberapa watak baru, semuanya dihasilkan di bawah bimbingan pencipta Eiichiro Oda dan membintangi pelakon suara asal anime dari Jepun.

Jika nak tahu lebih detail tentang One Piece Odyssey, korang boleh pergi ke media sosial rasmi game di sini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Tags: One Piece Odyssey
Previous Post

The Last of Us ‘multiplayer’ dan game fantasi baru antara projek terkini Naughty Dog

Next Post

Gameplay Sword Art Online Variant Showdown fokus pada aksi RPG di platform mobile

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026
Acara

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

July 21, 2026
Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Next Post
Gameplay Sword Art Online Variant Showdown fokus pada aksi RPG di platform mobile

Gameplay Sword Art Online Variant Showdown fokus pada aksi RPG di platform mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd