Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us ‘multiplayer’ dan game fantasi baru antara projek terkini Naughty Dog

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 4, 2022
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5
0 0
0
The Last of Us ‘multiplayer’ dan game fantasi baru antara projek terkini Naughty Dog
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 2 tahun sejak Naughty Dog mengeluarkan The Last of Us 2, jadi saya faham ramai yang tidak sabar untuk game. Sekarang kita ada beberapa info baru dari seorang leaker, yang berkongsi maklumat tentang beberapa projek semasa Naughty Dog, termasuk game multiplayer The Last of Us dan sebuah game baru latar belakang dunia fantasi.

Ini hanyalah khabar angin, jadi jangan percaya 100%.

Maklumat ini berasal daripada Oops Leaks, yang menjelaskan bahawa game multiplayer terbaru The Last of Us bermula sebagai ‘battle royale’, tetapi kini telah diubah sepenuhnya.

NAUGHTY DOG

TLOU Online Game

Planned as a Battle Royale but got completely rebooted. Described as a mix of Tarkov and Division with additional modes inspired by the original Factions MP. Single-player-like experience in online game. F2P, first on PS5 with further release on PC. pic.twitter.com/VyY7riRFjL

— Oliver Ollé / Oops Leaks (@oopsleaks) March 31, 2022

Buat masa sekarang, ia adalah campuran Escape from Tarkov dan The Division, dengan mode berdasarkan ‘Factions’ (elemen online multiplayer dalam The Last of Us 1). Leaker itu juga menerangkan judul kali ini sebagai game online yang menawarkan pengalaman ‘single-player’, dan menambah bahawa ia akan dipasarkan secara ‘free-to-play’ di PS5, dan kemudian di PC.

Seterusnya, leaker itu turut mengesahkan bahawa Naughty Dog sedang mengusahakan IP baru berlatarkan dunia fantasi. Game single-player ini sedang dibangunkan tetapi Neil Druckmann (Presiden Bersama Naughty Dog) tidak terlibat dengan projek ini.

The Last of Us Part III

Nothing but official statements from the studio, the outline of the script is ready, but the studio is engrossed in the development of the aforementioned projects. It is possible that development will begin faster than expected due to studio's expansion.

— Oliver Ollé / Oops Leaks (@oopsleaks) March 31, 2022

Akhir sekali, mereka mendakwa yang Naughty Dog telah menyiapkan skrip kasar untuk The Last of Us 3, tetapi tidak boleh memulakan produksi bagi sekuel ini kerana masih terlalu sibuk dengan projek lain.

Maklumat dari khabar angin ini agak banyak, tetapi semuanya nampak seakan-akan betul. Ini kerana Neil Druckmann pernah memberi ‘hint‘ yang studio sedang mengusahakan tiga game, yang nampak selari dengan info di atas. Ramai peminat memang berharap untuk melihat Naughty Dog menghasilkan IP baru di PS5, dan kita tahu semua orang masih tergila-gilakan The Last of Us.

https://twitter.com/Neil_Druckmann/status/1489427663064162310

Tidak kira apa yang sedang dibuat oleh Naughty Dog, kita mungkin dapat melihatnya pada acara PlayStation yang seterusnya.

Tags: multiplayerNaughty DogThe Last of Us
Previous Post

PlayStation rancang untuk memiliki lebih banyak studio akan datang!

Next Post

One Piece Odyssey – Watak baharu didedahkan termasuk penjahat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
One Piece Odyssey – Watak baharu didedahkan termasuk penjahat!

One Piece Odyssey - Watak baharu didedahkan termasuk penjahat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd