Bab terbaharu One Piece akhirnya dikeluarkan semalam dan menunjukkan apa yang berlaku di Reverie termasuk pertempuran besar-besaran antara para Komander daripada Revolutionary Army dan Marine Admiral.
Di sini, kita dikenalkan kepada sejumlah watak dan abiliti mereka, terutamanya kapten-kapten Revolutionary Army dan kumpulan misteri bernama Holy Knights yang diasaskan oleh World Government.
Apakah yang terjadi? Teruskan membaca!
AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1083 DI BAWAH! BACA SPOILER 1082 DI SINI!
Misi sebenar Sabo
Sabo memberitahu Monkey D. Dragon dan Emporio Ivankov bahawa dia telah menyelesaikan semua objektif mereka iaitu; memusnahkan simbol Celestial Dragon untuk mengisytiharkan perang, menyelamatkan Bartholomew Kuma serta membebaskan seberapa ramai hamba yang boleh, dan memusnahkan rizab makanan di Marijoa.
Dragon menjelaskan bahawa kejadian ini membuatkan 12 negara untuk mengangkat senjata menentang kerajaan di mana 8 negara berjaya dalam usaha mereka, kecuali Lulusia yang dimusnahkan oleh Im. Oleh itu, 7 negara tersebut tidak lagi membayar tribut dan mengeksport sumber lagi. Ivankov juga menambah bahawa Revolutionary Army sedang menyerang bekalan World Government di seluruh dunia untuk menghalang sumber daripada sampai ke tangan mereka.
Dragon tahu World Government tidak akan menerima keadaan ini dan akan menghantar Holy Knights, sekumpulan individu kuat yang bantu menguatkuasakan undang-undang Celestial Dragon, di mana autoriti mereka melebih Admiral di mana Sabo bakal menjadi sasaran utama mereka kerana memegang status ‘harapan’ bagi negara-negara yang memberontak.
Ivankov kemudian menunjukkan keratan surat khabar dengan Sabo sedang berdiri sebelah mayat Nefertari Cobra. Walaupun ingin mempercayai Sabo, Ivankov masih tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Mengenali kapten-kapten Revolutionary Army
Dalam flashback pada hari kejadian, Revolutionary Army menyerang Marijoa tidak lama selepas Reverie (mesyuarat untuk membincangkan rancangan semasa dan masa depan bersama negara berkaitan World Government) bermula. Dalam keadaan huru-hara, seorang Celestial Dragon cuba membunuh hambanya kerana terlalu lambat, tetapi hamba itu diselamatkan oleh Karasu (komander kepada Tentera Utara dalam Revolutionary Army).
Karasu mencuri senapang Celestial Dragon tersebut dan menyuruh hamba itu untuk melarikan diri. Seorang pengawal peribadi cuba untuk menembak Karasu, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Ternyata, Karasu memakan Susu Susu no Mi, yang membolehkan dia mengubah badan menjadi jelaga mengikut kehendaknya. Selepas itu, dia menewaskan askar-askar itu menggunakan teknik bernama Obelisoots.
Pada masa yang sama, Lindbergh (seekor Mink dan komander Tentera Selatan dalam Revolutionary Army) menggunakan ciptaannya untuk membebaskan seberapa ramai hamba yang boleh. Karasu bertembung dengan Admiral Fujitora lalu pertarungan mereka bermula di mana dia menggunakan teknik bernama Crow Soul Lotus untuk menyaingi kuasa graviti milik Fujitora.
Di tempat lain, Morley (seorang Giant dan komander Tentera Barat dalam Revolutionary Army) berlawan Admiral Ryokugyu (Aramaki). Beberapa Celestial Dragon menyuruh Ryokugyu supaya lebih berhati-hati agar tidak merosakkan persekitaran sekeliling. Jika tidak, mereka akan membunuhnya – jadi ini memaksa Ryokugyu untuk menahan diri.
Di pinggir bandar, Jabra, Blueno, Kalifa, Fukurou, dan Kumadori (yang semuanya kini ahli CP0) menyaksikan perang besar-besaran antara dua pihak itu dan mengaku bahawa Revolutionary Army agak kuat kerana dapat bersaing dengan dua orang Admiral.
Peristiwa sebelum pembunuhan ayah Vivi
Sabo cuba mendapatkan kunci bagi kolar hamba apabila dia melihat Saint Charlos dan bapanya Rosward (Celestial Dragon) menunggang Kuma, yang juga berniat untuk menjadikan Shirahoshi sebagai hamba. Sabo menghubungi Morley untuk memastikan semuanya siap sedia semasa dia memulakan rancangan bagi menyelamatkan Kuma dan menghentikan Charlos. Pada masa yang sama, Jewelry Bonney kelihatan berlari di sekitar istana.
Di dua adegan lain, Nefertari Vivi diikuti oleh Rob Lucci, manakala bapanya, Nefertari Cobra, diberitahu bahawa “hanya dia sahaja yang boleh bertemu dengan Five Elders” (Gorosei). Pell dan Chaka cuba untuk ikut, tetapi Cobra menyuruh masing-masing untuk menjaga dan melindungi Vivi.
Maka, itulah rumusan pendek tetapi padat untuk manga One Piece bab 1083. Apakah yang akan terjadi di bab seterusnya? Adakah Sabo yang membunuh Cobra? Apa yang sebenarnya berlaku di Marijoa? Kita akan dapat jawapan tidak lama lagi!
Baca segala berita kami tentang francais One Piece di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post