Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Kuasa Baharu Yuji? Perlawanan Gojo vs Sukuna Kini Tiba! [SPOILER]

Maira by Maira
May 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Kuasa Baharu Yuji? Perlawanan Gojo vs Sukuna Kini Tiba! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Gojo sudah terlepas, tarikh perlawanan antara Gojo dan Sukuna juga sudah ditetapkan. Apa pula langkah yang Gojo bersama pelajar Jujutsu High akan lakukan selepas ini? Dalam bab terbaharu Jujutsu Kaisen, kita telah didedahkan dengan beberapa benda penting sebelum Gojo dan Sukuna bertarung. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam bab 222 yang bertajuk “Omen.”

Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 222!

Bab bermula dengan Sukuna sedang menelan saki baki jarinya manakala Uraume pula meminta maaf kerana gagal menjumpai jari yang terakhir. Sukuna sudah mengesyaki bahawa Gojo sudah mempunyai jari terakhir untuk melindungi Yuji, yang tidak boleh dibunuh sehinggalah Sukuna memakan kesemua jari. Tetapi raja sumpahan itu mempunyai rancangan lain. Kalau anda ingin tahu, Kenjaku dan Tengen telah pun mengambil mumia Sukuna. Sekarang, dia hanya menggantikan jari tersebut dengan mumia yang dijumpai itu. Senang cerita, dia hanya makan badannya yang lalu.

Sumber: Manga Plus

Selepas itu, kita melihat Gojo yang menerima berita mengenai kematian Nanami. Manakala Mei Mei pula seronok melibat “betting pool” untuk perlawanan Gojo dan Sukuna nanti dan sempat lagi dia menjual tiket. Pelajar Jujutsu High juga tidak duduk diam, dengan Yuji berlatih dengan Kusakabe. Tetapi yang berbezanya, Yuji nampaknya bertukar badan dengan Kusakabe. Adakah ini kuasa baharu Yuji? Kenalah tunggu pengesahannya dalam bab akan datang.

Sumber: Manga Plus

Ingatkan kita akan didedahkan dengan lebih banyak perkara sebelum perlawanan Gojo dan Sukuna bermula, rupa-rupanya Akutami Gege terus memberikan “time skip”. Kita terus di bawa ke 24 Disember, dengan Kenjaku yang merancang untuk menghapuskan kesemua pemain Culling Game sementara Gojo bertarung dengan Sukuna. Dia juga percaya bahawa jika Gojo kalah, sorcerer lain daripada Jujutsu High seperti Maki dan Yuta pasti akan menghapuskan Sukuna. Gojo juga nampaknya sudah siap sedia untuk menempuh lawannya itu, dengan pelajar-pelajarnya memberi sokongan padanya.

Sumber: Manga Plus

Pasti ramai tidak sabar untuk menunggu bab 223 pada minggu depan. Tidak sabar untuk melihat apa rancangan Sukuna untuk mengalahkan Gojo, lebih-lebih lagi dengan badan Megumi yang telah diambil alih. Tidak sabar untuk melihat hasil latihan Yuji nanti. Ada kemungkinan besar, kuasa tersebut boleh mengembalikan Megumi semula.

Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Gojo vs SukunaJJK 222Jujutsu Kaisen 222
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece: Memperkenalkan komander ‘Revolutionary Army’ (SPOILER)

Next Post

Jom sertai MSL Championship 2023! Mencari pelajar IPT yang kaki Mobile Legends!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jom sertai MSL Championship 2023! Mencari pelajar IPT yang kaki Mobile Legends!

Jom sertai MSL Championship 2023! Mencari pelajar IPT yang kaki Mobile Legends!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd