Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

Kredit: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi One Piece live-action oleh Netflix akan kembali untuk Season 2 pada tahun 2025 menurut laporan, di mana Joe Tracz akan menyertai pasukan kreatif untuk bantu menjayakan siri.

Kredit: Netflix

Tracz, yang terkenal dengan Percy Jackson And The Olympians, telah disahkan sebagai penulis, penerbit eksekutif dan co-showrunner untuk Season 2 bagi siri popular Netflix One Piece. Dia akan bekerja bersama penulis Season 1, penerbit eksekutif dan co-showrunner Matt Owens. Steve Maeda, yang membangunkan siri ini dengan Owens dan berkhidmat sebagai co-showrunner Season 1, akan kekal sebagai penerbit eksekutif.

Joe Tracz

Penggambaran pada Season 2 dijangka bermula pada bulan Jun 2024 untuk tayangan perdana 2025, kata sumber.

Kredit: Netflix

Tracz meluahkan semangatnya menyertai pasukan One Piece, dan memuji penciptaan dunia imaginatif Eiichiro Oda dan pencapaian mengagumkan yang diperoleh oleh siri setakat ini.

“Saya bernasib baik kerana bekerja pada adaptasi besar beberapa siri kegemaran, dan ia tidak lebih besar atau lebih disukai daripada One Piece,” kata Tracz. “Saya peminat besar kepada imaginasi luar biasa Oda-san dan saya terpesona dengan apa yang dicipta oleh pasukan aksi langsung dalam Season 1. Jadi ia adalah impian dan kegembiraan untuk menaiki Going Merry ketika ia memasuki Grand Line untuk Season 2 yang lebih gergasi.”

Sebagai respon kepada tambahan Tracz ke pasukan kreatif, Owens amat yakin bahawa penglibatan Tracz akan meningkatkan siri ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Joe telah membawa banyak semangat dan pengalaman ke musim kedua yang akan membantu membawa One Piece ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. “Kami amat bertuah kerana mempunyai dia sebagai kapten di atas kapal ini. Anak kapal terbaik di laut bertambah besar!”

Kredit: Netflix

Sebelum ini, siri One Piece telah belayar terus ke Netflix Top 10 English TV List, dan memperoleh sebanyak 18.5 juta tontonan walaupun hanya empat hari ditayangkan. Bukan itu sahaja, siri ini juga mencapai senarai Top 10 di 93 negara, dan debut di #1 di 46 negara, termasuk Malaysia serta mempunyai salah satu skor tontonan paling tertinggi dalam sejarah Netflix. Daripada segi pencapaian, ini bermaksud One Piece telah mengatasi Stranger Things dan Wednesday.

Sinopsis

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Kredit: Hypebeast

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix.

Adakah One Piece live-action pasti akan keluar 2025? Kita lihat nanti.

Untuk baca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan SINI.

Tags: netflixOne Piece Live-Actionsiri
ShareTweetSend
Previous Post

Bergaya Dengan PUMA x PLAYSTATION Suede Sneakers! Unboxing Kasut Puma Suede Baharu!

Next Post

MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd