Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece akhirnya capai 1000 bab untuk manga! Bacalah mesej Eiichiro Oda untuk peminat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece akhirnya capai 1000 bab untuk manga! Bacalah mesej Eiichiro Oda untuk peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini menandakan detik bersejarah bagi dunia manga kerana One Piece berjaya mencecah bab ke-1000 setelah lebih daripada 25 tahun! Dengan pelancaran bab tersebut di Weekly Shonen Jump yang menyaksikan sambungan pertarungan di Onigashima, pencipta Eiichiro Oda telah menerima satu lagi pencapaian penting dalam hidupnya.

Luffy secara rasmi telah sampai ke puncak Onigashima di mana dia bertemu Big Mom dan Kaido. Kini dia sudah bersiap untuk melawan mereka berdua bersama-sama dengan anggota Worst Generation yang lain, termasuk Roronoa Zoro, Trafalgar Law, Eustass Kid, dan Killer. Sebagai protagonis, sudah tentu Luffy adalah orang pertama untuk memulakan pertarungan dengan menampilkan serangan baru bernama Gear Three: Gum Gum Red Roc.

Bersama bab ke-1000, Eiichiro Oda juga mengucapkan terima kasih kepada Luffy dan peminat atas kejayaan siri. Berikut adalah terjemahan:

1000 bab!! Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak 23 tahun yang lalu. Saya menghabiskan separuh daripada hidup saya untuk siri mingguan ini. lol

Luffy telah berlayar ke banyak pulau dan mempunyai banyak pengembaraan. Saya tidak tahu berapa ramai yang dia temu! Sebaliknya, saya telah bertemu dengan ramai orang dan disokong oleh jumlah yang tidak boleh dikira termasuk keluarga saya. Tidak cukup saya berterima kasih kepada mereka.

“Penonton beredar selepas 5 tahun”. Ini adalah teori saya untuk hiburan jangka panjang kerana penonton mempunyai kehidupan seharian mereka yang sibuk. Oleh itu, saya sentiasa ingatkan diri untuk tidak memanggil penonton saya sebagai “peminat”. Saya beritahu kepada diri sendiri, “Jangan sombong” memandangkan mereka akan berhenti membaca OP (One Piece) suatu hari nanti.

Walaupun ia memalukan, saya telah melukis manga mengikut apa yang saya suka hingga sekarang, dan mempercayai penonton yang mempercayai Luffy.

Pengembaraan Luffy sudah hampir ke jalan cerita terakhir. Saya telah melukis sebanyak 1000 bab. Akan ada kisah yang terlalu seronok berkat 1000 bab itu! Ya, memang seronok!! Kepada semua peminat ONE PIECE di seluruh dunia, ini adalah kisah panjang, tetapi tolong sokong pengembaraan Luffy untuk sedikit lebih lama!! -Eiichiro Oda Januari, 2021.

Apa pendapat anda tentang bab ke-1000 One Piece dan mesej ini daripada penciptanya? Kongsi pendapat sekarang di ruang komen.

Sumber – Shueisha

Tags: 1000Eiichiro Odaluffymangaone pieceWeekly Shonen Jump
Previous Post

GTA 6 dalam pembikinan dan tidak akan didedahkan dalam masa terdekat lagi~

Next Post

Filem Reboot aksi langsung Resident Evil disenaraikan lancar pada 9 September 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Filem Reboot aksi langsung Resident Evil disenaraikan lancar pada 9 September 2021!

Filem Reboot aksi langsung Resident Evil disenaraikan lancar pada 9 September 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd