Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ONE PIECE 1044 SPOILER] Luffy sudah buka Gear 5! Rahsia Gomu Gomu no Mi terjawab!

Maira by Maira
March 23, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[ONE PIECE 1044 SPOILER] Luffy sudah buka Gear 5! Rahsia Gomu Gomu no Mi terjawab!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan manga One Piece direhatkan pada minggu lepas dengan pengakhiran yang sungguh mengejutkan, sudah tentu ramai yang ternanti-nanti bab terbaru siri popular oleh Oda Eiichiro ini. Selalunya kita akan mendapat banyak spoiler daripada peminat ataupun penterjemah, tetapi bab 1044 One Piece ini terlampau hebat sehinggakan ramai yang tidak mahu memberikan spoiler pada minggu ini.

Tapi apa kan daya, memang susah betul kalau korang nak elak spoiler ini. Lebih-lebih lagi kepada pembaca yang tidak sabar sangat. Jadi, mari kami ceritakan kepada anda sedikit spoiler daripada bab 1044 One Piece!

SPOILER! TERDAPAT SPOILER DI BAWAH UNTUK ONE PIECE BAB #1044!

Bab terbaru yang bertajuk “Liberation Warrior” bermula dengan Kaido yang mengatakan bahawa Luffy sudah mati, tetapi Straw Hat krew tahu bahawa kapten mereka masih hidup. Pada bab yang lalu, kita lihat Luffy yang tidak sedarkan diri dengan Zunisha mula berkata bahawa Joy Boy kembali semula. Banyak juga spekulasi yang mengatakan bahawa Luffy merupakan “reincarnation” Joy Boy tetapi bab terbaru ini telah menafikannya.

Gorousei yang berada di istana Mary Geosi bercerita mengenai World Government yang selalu cuba untuk mendapatkan “Gomu Gomu no Mi” tetapi sentiasa gagal. Tetapi itu mungkin kerana “Akuma no Mi” telah melarikan diri daripada mereka. Menurut Gorousei, “Gomu Gomu no Mi” sebenarnya bukanlah nama sebenar devil fruit itu tetapi ia sebenarnya “Hito Hito no Mi” yang merupakan sejenis buah Zoan. Lebih menarik lagi, buah Zoan dikatakan mempunyai fikiran mereka tersendiri.

Selepas itu, kita kembali semula ke pertarungan di antara Kaido dan Luffy, di mana Luffy telah bangkitkan kuasa devil fruitnya dan kini ia berada di tahap tertinggi atau “Gear 5”. Kini, protagonis kita mula bertarung semula dan membawa Kaido ke atap. Bukan setakat itu sahaja, protagonis kita telah menukarkan tanah menjadi getah dan menyerang kaido dengan secukupnya.

Baiklah sampai sini sahaja sembang spoiler kita. Memang senang citer, dahsyat juga spoiler untuk bab terbaru One Piece ini. Saya juga teringat pada satu teori di Reddit mengenai Hito Hito no Mi dan memang terkejut bila teori itu betul. Patutlah Oda-sensei tidak mahu lihat teori peminat. Apapun, kalau korang ingin baca liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.

Sumber: subReddit One Piece

Tags: one pieceONE PIECE 1044Spoiler
Previous Post

Pemain Gran Turismo 7 ajar cara untuk grind credit tanpa main game itu!

Next Post

Kandungan akan datang Apex Legends telah dibocorkan secara besar-besaran

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Kandungan akan datang Apex Legends telah dibocorkan secara besar-besaran

Kandungan akan datang Apex Legends telah dibocorkan secara besar-besaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd