Starry Studio dan NetEase mengumumkan satu update besar untuk game survival free-to-play mereka, Once Human, yang akan dilancarkan pada 28 Ogos.
Update ini akan memperkenalkan sistem gameplay baharu dipanggil “Stellar Resonance,” yang direka untuk mengubah pengalaman combat secara drastik dan menawarkan cabaran-cabaran serba baharu untuk pemain di dunia pasca-apokalipsnya.
Bagi yang tidak tahu, Once Human ialah sebuah game multiplayer survival open-world yang tersedia di PC dan mobile (Android dan iOS). Berlatarkan dunia yang musnah akibat bahan dari dunia lain yang dikenali sebagai Stardust, game ini menggabungkan elemen-elemen survival, RPG aksi, dan seram kosmik.
Pemain dicabar untuk bertahan dalam landskap berbahaya di mana hukum alam telah diputarbelitkan oleh kuasa-kuasa misteri.
Satu ciri gameplay ialah Visional Wheel, sebuah entiti multidimensi yang boleh mengubah senario sedia ada dan mengubah peraturan asas dunia, lantas menawarkan kandungan baharu. Sistem ini sedang aktif melalui acara “Visional Wheel: Starfall Inversion”, di mana serpihan bintang yang hancur telah melemahkan graviti dengan ketara.
Ini membolehkan pemain melompat pada jarak yang sangat jauh dan membawa lebih banyak peralatan berbanding biasa, sekaligus mengubah strategi eksplorasi dan kelangsungan hidup.
Update akan datang pada 28 Ogos ini dibina secara langsung berdasarkan acara tersebut. Sistem “Stellar Resonance” akan membolehkan pemain mencari dan menghasilkan peranti baharu dipanggil Gravity Integrators.
Dengan menggunakan item ini, pemain boleh mengakses kawasan yang sebelum ini tidak dapat dicapai dan berdepan dengan raksasa-raksasa unik yang menjaganya.
Gameplay baharu ini akan mencabar pemain bukan sahaja untuk menewaskan musuh-musuh baharu yang hebat ini, tetapi juga untuk melindungi Gravity Integrator mereka daripada sebarang ancaman semasa pertempuran. Mereka yang berjaya dalam pertempuran berisiko tinggi ini akan memperoleh ganjaran istimewa.

Untuk maklumat lanjut tentang Once Human dan update “Stellar Resonance” yang akan datang, sila lawati laman web rasmi.




![[Eksklusif] “Anda Tidak Boleh Atasi Kami,” Pengarah PUBG Yakin Posisi Mereka Dalam Pasaran Battle Royale](https://cdn.gamersantai.com/2025/08/PUBG_INTERVIU_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post