Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

OG memenangi ESL One Malaysia 2022 walaupun jatuh Lower Bracket

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
OG memenangi ESL One Malaysia 2022 walaupun jatuh Lower Bracket
Share on FacebookShare on Twitter

Suasana semasa ESL One Malaysia 2022 Grand Final amat riuh dengan gemuruh orang ramai apabila OG bertarung melalui lower bracket untuk mengambil takhta juara dan menjulang trofi yang diidamkan dalam kejohanan!

Sumber – S.Lindgren, ESL

Kemenangan OG menamatkan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan Dota sengit apabila 12 pasukan terbaik di dunia mencuba untuk mengatasi satu sama lain. OG terpaksa melalui perlawanan yang sukar menentang Team Aster dari China, tetapi ternyata mereka menang dengan keputusan 3-0.

Chemistry antara pasukan, kerja berpasukan dan pengalaman membantu mereka dengan perlawanan akhir dan akhirnya membolehkan mereka berjalan pulang dengan hadiah utama USD $175,000. Yuragi, bzm, ATF, Chu dan Taiga daripada OG semuanya santai apabila Team Aster mengaku ‘GG’.

Sumber – S.Lindgren, ESL

“Ia pastinya adalah pengalaman LAN yang hebat untuk kami dengan masyarakat SEA. Kami tidak jangka sebuah patch semasa kejohanan. Patch itu membuatkan kami menyemak semula strategi kami dan menyemak semula pelan permainan dalam tempoh masa yang singkat. Ia adalah ujian ketangkasan untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang kompetitif.”

kata OG.

Team Aster, yang terdiri daripada Monet, Ori, Xxs, BoBoKa dan 皮球 (pí qiú) meninggalkan ESL One Malaysia 2022 sebagai naib juara dengan USD $85,000. Semangat juang mereka dipamerkan sepenuhnya, sehingga membuat orang ramai teruja termasuk semasa mencuri aegis dan “rampage” untuk Monet dalam permainan dua daripada grand final.

Sumber – S.Lindgren, ESL

Membawa pulang tempat ketiga adalah Team Secret, diikuti oleh Crystallis: Nisha, Resolut1on, Zayac dan Puppey, yang memenangi USD $45,000, manakala Fnatic digemari yang daripada Palos, Armel, Jabz, DJ, dan Jaunuel menduduki tempat keempat dengan kumpulan hadiah USD $25,000.

Senarai pemenang:

  1. OG $175,000
  2. Team Aster $85,000
  3. Team Secret $45,000
  4. Fnatic $25,000
Sumber: A. Sznaijder, ESL

ESL One Malaysia 2022 mengalu-alukan lebih 15,000 peminat Dota 2 sepanjang tiga hari di Arena Of Stars di Genting Highlands, Malaysia ketika pasukan berjuang untuk mendapatkan sebahagian daripada kumpulan hadiah USD $400,000. Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada pasukan OG kerana memenangi kejohanan ESL One Malaysia 2022!

Para gamer dan peminat Dota 2 yang berminat dengan ESL One Dota 2 akan datang boleh pergi ke laman web rasmi ESL di sini atau lawati media sosial mereka di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut.

Tags: eslESL One Malaysia 2022Malaysia
Previous Post

[Review] Destroy All Humans 2 – Reprobed — Crypto kembali menentang KGB bukan mencari koko

Next Post

Xbox Game Pass bawa game indie termasuk Midnight Fight Express

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
Xbox Game Pass bawa game indie termasuk Midnight Fight Express

Xbox Game Pass bawa game indie termasuk Midnight Fight Express

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd