Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Oddworld: Soulstorm – Oddtimized Edition hadir untuk Switch, bersama edisi terhad!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 25, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, Game, Genre, Nintendo Switch, Platform, Platformer
0 0
0
Oddworld: Soulstorm – Oddtimized Edition hadir untuk Switch, bersama edisi terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Microids telah mengumumkan bahawa game platformer daripada Oddworld Inhabitants yang berjaya memenangi anugerah, iaitu Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition untuk Nintendo Switch akan dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition adalah sebuah game platformer penuh dengan aksi pengembaraan yang epik. Dengan kerjasama Unity, game ini dibangunkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch. Oddtimized Edition menampilkan jalan cerita yang sama, grafik 2.9D yang menakjubkan, gameplay yang lebih mencabar, leaderboards dan pelbagai kisah penamat yang boleh dibuka seperti yang tersedia untuk platform lain (PlayStation, Xbox, Steam dan Epic Games Store).

Nintendo akan mengeluarkan Oddworld: Soulstorm Limited Oddition di mana anda akan dapat:

  • Game penuh Oddworld: Soulstorm untuk Nintendo Switch
  • 3 Art prints
  • Metal case

Manakala untuk Oddworld: Soulstorm Collector’s Oddition pula:

  • Game penuh Oddworld: Soulstorm untuk Nintendo Switch
  • Collector Box eksklusif
  • Metal case
  • Figura berwarna perak
  • Artbook premium 160 muka surat oleh Pix’n Love Publishing
  • Mining Company keychain
  • 3 Art prints
  • Stiker purba kaum Mudokon
  • Tatu tangan Abe

Berikut adalah kisah tentang Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition

Di Soulstorm, revolusi telah bermula dan mereka memerlukan tentera yang ramai untuk berjaya. Abe harus membebaskan lebih daripada 1000 rakyat Mudokons yang diperhambakan di mana mereka dipaksa untuk bekerja sehingga hembusan nafas terakhir.

Berdepan dengan masa depan yang tidak menentu dan masa lampau yang tidak boleh dilupakan, Abe menggunakan naluri dan kemahirannya untuk mengelak daripada dikesan, bertahan daripada kemungkinan yang tidak pasti dan memberikan percikan demi menyemarakkan api revolusi.

Bergantung dengan cara permainan sama ada secara sembunyi atau menggunakan sampah yang dibuang untuk dijadikan senjata, matlamat Abe adalah untuk menyelamatkan mereka semua dan berharap agar tidak gagal dalam proses itu.

Keputusan yang dibuat dalam game ini dan bilangan orang yang diselamatkan di setiap peringkat akan memberi hasil yang berbeza. Dengan mempunyai empat pengakhiran yang unik, setiap pilihan akan menentukan kesimpulan di hujung permainan dan berpotensi untuk membuka kunci kepada dua bab terakhir game ini.

Anda boleh tengok video gameplay khas untuk Nintendo Switch di bawah:

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi untuk Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition dilancarkan di Malaysia. Tetapi jika anda ingin bermain game ini, ia telah tersedia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC menerusi Steam dan Epic Games Store.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapat pelbagai liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi.

Previous Post

Pelancaran Game Uncharted Di Steam Tidak Semeriah Game PS Yang Lain!

Next Post

Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!

Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd