Nvidia telah mendedahkan GeForce RTX 30 Series, kad grafik generasi baru yang menampilkan usaha terbaru Nvidia untuk menjadikan dunia maya lebih terperinci secara visual. Dalam kad grafik generasi terbaru ini, kejuruteraan asas disokong oleh kehebatan perisian baru dalam pengoptimuman dan kecerdasan buatan (AI).
Bermula 17 September, GeForce RTX 3080 yang “mid-range” akan tersedia di semua peruncit utama, diikuti tidak lama lagi dengan 3090 yang lebih mewah pada 24 September. RTX 3070 pula dijangka akan tersedia pada bulan Oktober. Sebagai tambahan kepada pengoptimuman penyejukan dan keperluan profil yang lebih rendah, kad grafik RTX baru dilengkapi dengan banyak perisian baru yang direka untuk memberi pemain dan pencipta konten prestasi yang lebih baik dan peralatan yang mengubah permainan.
Daripada segi perisian, Nvidia telah banyak membuat pelaburan dalam algoritma pembelajaran mesin. DLSS 2.0 adalah proses baru yang akan digunakan kad RTX untuk render landskap permainan, dan mengurangkan beban pada GPU dengan mengurangkan maklumat visual daripada “straight ray tracing“. Ini kemudian dihantar ke algoritma AI untuk menghasilkan gambar berprestasi tinggi bagi perkara tertentu. Dengan menganalisis kandungan khusus permainan, GPU dapat mengisi kekosongan untuk gaya sejenis permainan. Ini menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jelas berbanding “straight ray tracing”.
“Hingga 2X lebih cepat daripada RTX 2080 yang asal. Ia secara konsisten memberikan lebih daripada 60fps pada resolusi 4K — dengan RTX diaktifkan,” -Nvidia.
Pembelajaran mesin juga dapat membantu merakam dan aktiviti render video. Streamer dapat menggunakan Nvidia Broadcast untuk menghilangkan “noise”, pastikan agar muka mereka sentiasa dalam frame (rakaman video), dan buang latar belakang tanpa menggunakan green screen. Nvidia Omniverse Machinima menawarkan pencipta konten menggunakan aset permainan sebagai tetapan untuk kandungan mereka sendiri. Alat seperti AI motion tracker dan keupayaan untuk menukar audio menjadi ekspresi wajah pasti memberi inspirasi kepada media yang berkualiti tinggi bagi pencipta yang tidak mempunyai akses ke studio atau teknologi kesan khas canggih.
Walaupun latensi sistem untuk seorang pemain biasa adalah antara 40-100 ms, Nvidia ingin menurunkannya sebanyak 50% dengan proses pengoptimuman saluran yang bernama Reflex. Ia akan mengukur dan mengimbangi latensi komputer sendiri, dengan menyusun masa pergerakan pemain kepada apa yang mereka reaksi. Oleh kerana ia adalah peningkatan untuk perisian, Reflex akan keluar sebagai kemas kini driver untuk kad 1070, 1060, dan 1050 tidak lama lagi.
Kad grafik Nvidia GeForce RTX 3080 ($699 – anggaran RM2895) akan tersedia pada 17 September 2020, GeForce RTX 3090 ($1499 – anggaran RM6209) pada 24 September 2020, dan GeForce RTX 3070 ($499 – anggaran RM2067) pada bulan Oktober.
@gamersantaimy
Discussion about this post