NVIDIA telah pun melepaskan kad grafik GeForce RTX 4060 Ti versi 8 GB pada bulan Mei yang lalu. Barisan lain untuk RTX 4060 yang lain sepatutnya dilepaskan pada bulan Julai, tetapi NVIDIA telah membuat keputusan untuk mengeluarkan salah satu model lebih awal. Diumumkan melalui Twitter, GeForce RTX 4060 akan tersedia pada 29 Jun 2023 jam 9 malam.
Berkenaan harga untuk kad grafik ini, ia akan dijual pada tanda harga bermula RM 1539, jadi kalau anda ingin kad yang mempunyai cooler yang lebih baik, harganya akan lebih mahal daripada itu.
The GeForce RTX 4060 will now be available to order starting June 29, at 6AM Pacific.
— NVIDIA GeForce (@NVIDIAGeForce) June 14, 2023
Learn more 👉 https://t.co/h53oSeQ6vQ pic.twitter.com/E6RjbwBMOD
Untuk pengetahuan anda, NVIDIA GeForce 4060 menampilkan teknologi NVIDIA Ada Lovelace architecture dengan 8GB DDR6 VRAM termasuk DLSS 3 dan 3rd Gen Ray-Tracing. Kad grafik ini sangat sesuai untuk sesi gaming 1080p. Anda boleh lihat peningkatan pada prestasi gaming jika dibandingkan dengan versi terdahulu. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menggunakan kuasa yang rendah.
Berikut adalah spesifikasi untuk RTX 4060:
- NVIDIA GeForce RX 4060
- Shader – 15TFLOPs
- RT Cores – 35 TFLOPs 3rd Gen
- Tensor Cores – 242 TFLOPs 4th Gen
- DLSS – 3
- NV Encoder – 8th Gen with AV 1
- Frame Buffer – 8GB
- Memory Subsystem – 24MB L2/272 GB/s (453 GB/s)
Kalau anda ingin mendapatkan RTX 4060 Ti 16 GB, ia akan tersedia pada Julai tetapi tiada tarikh tetap yang diumumkan oleh NVIDIA. Jadi nantikan sahaja pengumuman baharu daripada mereka. Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan lain-lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post