Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo mengumumkan Mario 3D All-Stars, battle royale Super Mario Bros. 35 & gajet-gajet eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo mengumumkan Mario 3D All-Stars, battle royale Super Mario Bros. 35 & gajet-gajet eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo telah mengadakan siaran langsung Super Mario Bros 35th Anniversary Direct pada hari semalam dan dalam video tersebut, ia didedahkan bahawa mereka akan akan melancarkan gajet permain Game & Watch: Super Mario Bros, serta permainan video berikut untuk Nintendo Switch:

  • Super Mario 3D All-Stars
  • Super Mario Bros. 35
  • Super Mario 3D World + Bowser’s Fury
  • Mario Kart Live: Home Circuit

Nintendo juga akan melancarkan koleksi permainan Super Mario All-Stars sebagai sebahagian daripada koleksi Super NES – Nintendo Switch Online pada hari Khamis.

Nintendo akan melancarkan permainan Game & Watch: Super Mario Bros. pada 13 November. Gajet ini merangkumi permainan Super Mario Bros. dan Super Mario Bros. The Lost Levels (dikenali sebagai Super Mario Bros. 2 di Jepun). Gajet ini juga akan mengandungi versi baru mod permainan “Ball“, yang menampilkan Mario sebagai watak utama.

Koleksi permainan Super Mario 3D All-Stars akan dilancarkan pada 18 September, dan akan merangkumi permainan berikut: Super Mario 64, Super Mario Sunshine, dan Super Mario Galaxy. Super Mario Sunshine dan Super Mario Galaxy akan menampilkan nisbah skrin selebar 16: 9, dan Super Mario Galaxy akan serasi dengan skema kawalan dua controller Joy-Con. Terdapat juga mod muzik dengan lagu daripada ketiga-tiga permainan. Koleksi permainan akan tersedia secara fizikal dan digital sehingga akhir Mac 2021.

Nintendo akan melancarkan permainan battle royale dalam talian Super Mario Bros. 35 secara digital dan eksklusif kepada ahli Nintendo Switch Online pada 1 Oktober sehingga 31 Mac 2021. Permainan ini membolehkan 35 pemain bermain melalui level Super Mario Bros. secara serentak, dan pemain terakhir yang hidup akan memenangi permainan. Musuh yang dikalahkan pemain akan dihantar ke level pemain lain.

Nintendo juga akan melancarkan Super Mario 3D World + Bowser’s Fury, port yang dikemas kini daripada Super Mario 3D World Wii U, pada 12 Februari. Port ini akan menampilkan ciri online multiplayer dan mempunyai patung-patung amiibo Cat Mario dan Cat Peach yang akan dilancarkan pada hari yang sama dengan permainan.

Mario Kart Live: Home Circuit adalah permainan Mario Kart baru yang menggunakan kamera untuk membolehkan pemain mengawal kart fizikal dan berlumba melalui litar yang disediakan di lokasi sebenar. Permainan akan tersedia dalam set Mario dan Luigi, dan akan dilancarkan pada 16 Oktober.

Siaran langsung ini memperingati ulang tahun ke-35 keluaran Super Mario Bros. pertama di Jepun pada 13 September 1985 dan jika anda peminat setia Mario, jangan lupa untuk dapatkan permainan-permainan di atas.

Tags: nintendosuper mario brosSuper Mario Bros 35th Anniversary
Previous Post

DEATH STRANDING, CONTROL~Semua game dari 505 Games tengah sale dekat Steam!

Next Post

Apabila geng k-pop BTS ingin jadi Zoro One Piece, inilah hasilnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Apabila geng k-pop BTS ingin jadi Zoro One Piece, inilah hasilnya!

Apabila geng k-pop BTS ingin jadi Zoro One Piece, inilah hasilnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd