Sempena hari kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos nanti, MSI sedang mengadakan promosi “Merdeka Sales 2022” dengan diskaun sehingga RM 3,500 dan bundle MSI percuma bernilai sehingga RM 759! Berita baik adalah jualan ini sudah pun berlangsung sejak 15 Ogos — 30 Sept 2022.
Kali ini, MSI ingin menggambarkan semangat perpaduan dengan menawarkan pelbagai laptop dan komponen-komponen PC pada harga lebih murah dalam promosi terbesar mereka buat masa ini. Apa yang buat lagi menarik adalah laptop 12th Gen terbaru juga disertakan dalam promosi ini.
Item promosi termasuk Raider GE76 Deluxe Edition dan Stealth GS66 serba baharu, yang menampilkan pemproses 12th Gen Intel Core i9 dan kad grafik laptop GeForce RTX 3080Ti. Laptop ini bukan sahaja memberikan prestasi tambahan untuk para gamer mudah alih menolak limitasi gaming mereka, malah anda boleh menikmati game AAA terkini dengan lancar dan selesa tanpa perlu risau tentang apa-apa isu besar.
Perkakasan sudah lengkap, jangan lupa pula tentang aksesori. Untuk promosi ini, beberapa peralatan gaming canggih, termasuk curved monitor, monitor e-sukan, dan meja gaming juga ditawarkan secara lebih murah. Pada masa yang sama, para pembeli berpeluang mendapatkan hadiah percuma apabila membeli siri motherboard Z690, B660, B5550, X570 yang bantu meningkatkan pengalaman gaming anda di desktop.
Selain gaming, MSI juga menawarkan pilihan produk laptop/monitor bermotifkan perniagaan produktiviti dan penciptaan kandungan untuk para usahawan, para profesional, pelajar, content creator dan banyak lagi. Memang banyak pilihan untuk semua jenis citarasa.
Jika berminat, anda boleh lihat promosi MSI Merdeka Sales 2022 di sini jika ada sesiapa yang ingin menaik taraf PC atau monitor mereka.
Untuk segala liputan kami tentang MSI, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post