Berikutan acara next@Acer Julai 2021, sidang global mereka yang seterusnya untuk next@Acer Oktober 2021 mempunyai tumpuan yang lebih besar pada alam sekitar dengan tanda pagar “Made for Humanity.” Lagi sekali kita bersama Victor Chien, Pengurus Besar, Perniagaan Paparan Digital, untuk menjawab beberapa soalan mengenai produk terbaru yang didedahkan. Berikut adalah temubual yang telah disunting untuk mudah difahami.
Adakah anda fikir terdapat perubahan dalam apa yang pengguna jangkakan daripada paparan dalam beberapa tahun kebelakangan ini?
Victor Chien: Semasa COVID-19, kami melihat banyak keperluan untuk monitor kerana orang ramai bekerja atau belajar dari rumah dan orang ramai menghabiskan banyak masa di hadapan paparan. Dengan perubahan gaya hidup ini, pengguna mahukan paparan yang lebih besar yang disertakan ciri lain kerana paparan bukan sahaja untuk produktiviti tetapi juga untuk hiburan.
Oleh itu, paparan gaming menjadi lebih popular dan apabila anda menghabiskan banyak masa di hadapan skrin, anda sudah pasti mahu menjaga penglihataan sebagai contoh low bluelight. Stand yang boleh dilaras juga dicari untuk mendapatkan sudut penglihatan yang selesa. Inilah antara trend yang kami ketahui.
Adakah anda bercadang untuk mengeluarkan paparan permainan mudah alih yang boleh dilipat?
Victor Chien: Samsung mempunyai paparan boleh lipat untuk pasaran telefon pintar. Kami melihat ke arah itu dan bekerjasama dengan penyedia teknologi untuk melihat perkara yang boleh kami lakukan dengan paparan boleh lipat. Kami baru sahaja bermula, tetapi kami percaya bahawa ini akan berlaku pada masa hadapan. Sudah tentu, peranti boleh lipat masih belum popular, dan kami perlu mengusahakan lagi kebolehpercayaan paparan boleh lipat dalam saiz yang begitu besar.
Adakah anda mempunyai sebarang rancangan untuk monitor kecil tanpa wayar atau mungkin TV Pintar?
Victor Chien: Kami mempunyai paparan tanpa wayar sebelum ini. Kami masih melihat barisan produk dan kami merancang untuk menyediakannya, tetapi saiz kecil secara amnya bermakna anda duduk berhampiran paparan menjadikan fungi tanpa wayar itu tidak diperlukan. Tetapi untuk skrin bersaiz besar, anda pasti mahukan jarak yang jauh antara anda dan paparan. Jadi ciri tanpa wayar adalah pilihan yang baik. Kami sedang mengusahakannya.
Mengapa anda memutuskan untuk mengeluarkan projektor gaming? Adakah ia dicipta untuk pemain PC atau konsol?
Victor Chien: Kami melancarkan dua jenis projektor 4K dengan ciri permainan tertentu iaitu ia menyokong kadar penyegaran berubah-ubah. Anda boleh menyambungkannya pada konsol atau PC anda. Contohnya, pada konsol, anda boleh mendapatkan sehingga resolusi FHD dan 120Hz dengan projektor jika ia mampu. Kemudian untuk PC, anda boleh mendapatkan sehingga resolusi FHD dan 240Hz, jadi anda boleh cuba menyambung ke paparan 300 inci dan memberikan pengalaman teater rumah. Selain itu, ia juga mempunyai warna terbaik dan menggunakan LED.
Memandangkan Acer mempunyai monitor edisi khas Xbox, bagaimana pula dengan kolaborasi bersama orang lain?
Victor Chien: Kami telah bekerjasama dengan Sony untuk menjadikan beberapa paparan permainan kami serasi dengan Playstation tetapi tiada jenama bersama atau edisi khas seperti paparan Xbox kami.
Apa yang membuatkan anda membuat keputusan untuk memasuki pasaran permainan konsol? Bagaimana keadaannya setakat ini?
Victor Chien: COVID-19 bermakna ramai orang telah menghabiskan lebih banyak masa di rumah dan di hadapan paparan mereka, jadi itulah sebabnya kami ingin menyediakan paparan yang berfungsi untuk kedua-dua PC dan konsol. Malah, ramai yang bermain permainan PC dan konsol, jadi paparannya adalah pelbagai guna. Kami telah cuba memasukkan teknologi yang paling terkini untuk memberikan pemain konsol dengan sokongan kadar penyegaran berubah-ubah.
Untuk kadar penyegaran berubah secara terperinci, ia mempunyai permintaan tinggi untuk pengalaman pengguna yang terbaik, jadi kami menyediakan penyelesaian daripada saiz terkecil kepada sokongan projektor. Paparan pelbagai guna kami adalah satu langkah ke arah komitmen kami untuk menjadi mesra alam, memacu inovasi produk kami. Kami juga melakukan perkara yang sama pada barisan Vero.
Itu sahaja yang dapat kami kongsikan daripada sesi bersama Victor Chien untuk acara next@Acer. Jika anda ingin mendapatkan paparan baru, boleh lah melihat barisan paparan keluaran Acer kerana mereka mempunyai pelbagai jenis paparan untuk keperluan anda. Anda boleh membaca liputan lain mengenai acara next@Acer melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post