Baru sahaja tadi, Acer telah mengadakan acara siaran secara langsung iaitu Next@Acer 2021 yang menampilkan barisan laptop dengan perspektif baru untuk para gamer dan designer. Berikut adalah beberapa model barisan baru yang telah dilancarkan Acer semasa acara tersebut.
Acer Swift X
Acer Swift X merupakan ahli terbaru dalam barisan laptop Swift, dan ianya didatangkan dengan bentuk yang nipis, ringan serta berkuasa. Hasil gabungan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti dan prosesor AMD Ryzen7 5800U Mobile dengan 16GB RAM serta 2TB SSD menawarkan profesion kreatif seperti editor video dan jurugambar mempunyai lebih kuasa untuk membuat tugasan mereka.
Sesuai dengan model Swift, laptop ini dilengkapi dengan casis logam setebal 17.9mm dan mempunyai berat 1.39kg. Ia juga mempunyai port USB Type-C yang berfungsi untuk memastikan pemindahan data yang sangat laju, streaming video dan pengecasan pantas bagi memudahkan tugasan harian pengguna.
Swift X mempunyai skrin paparan FHD IPS 14 inci dengan nisbah screen-to-body sebanyak 85.7%, serta 300 nits pencahayaan yang memberikan anda melakukan proses menyunting video 4K dan gambar lebih tepat. Acer juga juga telah melakukan inovasi baru untuk kecekapan penyejukkan pada laptop ini dengan memberikan ruang masuk udara pada papan kekunci dan mengeluarkan haba sekitar 8-10% berbanding laptop biasa. Malah, cincin stereo dengan satah condong yang terletak di bahagian atas kipas turut menambahkan lagi peningkatan aliran udara sehingga 5-10%.
Predator Triton 500 SE (Special Edition)
Predator Triton 500 SE baru ini mampu memberikan persembahan yang tiada batasan, kerana ia mempunyai paparan sehingga 240Hz dari casis senipis 19.9mm. Ia juga direka dengan reka bentuk lebih kemas, jelas dan bateri didalamnya mampu bertahan selama 12 jam.
Laptop ini juga direka untuk para gamer yang inginkan peranti berkebolehan untuk menampung game AAA dan tugasan harian. Semua itu akan dikuasakan dengan Prosesor Intel 11th Gen Core i9, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 dan memori 64GB 3200 MHz DDR4.
Predator Triton 500 SE mempunyai paparan 16 inci nisbah 16:10 dengan 87% screen-to-body dan tiga pilihan panel, termasuk paparan LCD WQXGA 165Hz, mini LED panel dengan 1250 nits serta 100% sRGB colour gamut. Ia juga dilengkapi 240Hz WQXGA panel IPS PolarBlack dengan 3ms masa respon dan 1000% DCI-P3 colour gamut untuk pengalaman gaming lebih lancar.
Laptop ini direka dengan reka bentuk penyejukan, menampilkan sistem penyejukan triple fan, termasuk AeroBlade 3D Fan Generasi ke-5, lima heat pipe khusus untuk CPU dan GPU yang diletakkan bersama ekzos secara strategik bagi menarik udara sejuk dan mengeluarkan udara panas.
Predator Helios 500
Laptop ini mempunyai prosesor 11th Gen Intel Core i9, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 dan memori 64GB DDR4 3200 MHz. Ia didatangkan dengan satu SSD PCIe NVMe dalam RAID 0 dan satu SATA HDD bagi memberikan Predator Helios 500 lebih banyak ruang untuk menyimpan game.
Helios 500 mempunyai pilihan paparan 17.3 inci dengan paparan 4K Mini LED yang dikuasakan dari teknologi AUO AmLED untuk menyokong peredupan tempatan setanding VESA Display HDR 1000, bagi mendapatkan warna saturation dan contrast tepat. Pilihan lain adalah paparan FHD 360 Hz AUO yang sangat pantas dengan 3ms masa respon untuk mendapatkan hasil gambar yang lancar.
Selain itu, Predator Helios 500 mempunyai teknologi penyejukan premium dari Acer PowerGem, iaitu teknologi rekaan khas yang diperbuat dari logam polimer aloi. Ia juga dilengkapi teknologi dua kipas Acer Vortex Flow, termasuk 5th Gen AeroBlade 3D Fan bagi untuk membawa aliran udara ke komponen kritikal dan meningkatkan prestasi semasa anda bermain game yang sangat berat.
ConceptD 5
Ini adalah laptop baru untuk barisan ConceptD, dimana ia mempunyai prosesor 11 Gen Intel Core H Series dengan pelbagai pilihan GPU, seperti NVIDIA GeForce RTX 30 Series dan NVIDIA RTX Profesional Laptop yang dikuasakan oleh NVIDIA Ampere. Ianya disokong oleh ekosistem NVIDIA Studio, serta teknologi pemacu eksklusif untuk meningkatkan aplikasi kreatif ke tahap prestasi dan kebolehpercayaan yang optimum.
Tambahan pula, ianya direka untuk aliran kerja reka bentuk 2D dan 3D, serta laptop ConceptD 5 ini dipasangkan dengan prosesor 11th Gen Intel Core H-Series baru dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060.
ConceptD 5 Pro pula menampilkan laptop GPU NVIDIA RTX a5000 dan NVIDIA RTX A3000, untuk pencipta yang mencari prestasi dan keupayaan kelas terbaik. GPU RTX A5000 memberikan kuasa kepada pengguna mampu membawa ray tracing dan AI ke rendering terbesar, penyuntingan 8K dan aliran kerja multi-app.
Dengan memori sehingga 64GB DDR4 dan 2TB M.2 PCIe Gen 4 dalam RAID 0, semua kuasa dan penyimpanan tersedia untuk anda mengendalikan video 4K, melalui pelbagai monitor atau aplikasi rendering perisian 2D dan 3D. Ia juga mempunyai layar 3K (3072×1920) PANTONE Validated yang menyokong 100% colour gamut DCI-P3 dan ditambah dengan penilaian ketepatan warna Delta E<2.
ConceptD 5 mempunyai reka bentuk bezel nipis, iaitu 87% nisbah screen-to-body dengan 16:10 nisbah aspek bagi menawarkan kelebihan untuk pereka profesional. Dengan nisbah 16:9, ianya kelihatan tinggi untuk pereka mendapatkan lebih banyak ruang untuk memantau video atau menggunakan pelbagi trek tanpa perlu menyembunyikan taskbar atau mengubah saiz tatapan window.
Ia juga mempunyai pelbagai pilihan sambungan seperti dwi port USB Type-C dengan sokongan Thunderbolt 4, HDMI 2.1, SD card reader dan banyak lagi. Papan kekunci dan pad sentuh yang direka dengan noise reduction menghilangkan gangguan kecil kepada pereka, serta pad sentuh Corning Gorilla Glass selebar 6 inci dilengkapkan dengan pembaca cap jari untuk memudahkan log masuk yang lagi selamat.
@gamersantaimy
Discussion about this post