Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix One Piece Live-Action Kini Tersedia Dalam Dub Bahasa Melayu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
Netflix One Piece Live-Action Kini Tersedia Dalam Dub Bahasa Melayu!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun ini, Netflix telah menayangkan siri One Piece live-action terbitan telah pada bulan Ogos lalu selepas proses pembikinan yang agak lama. Mengikuti kisah yang sama seperti manga/anime legenda oleh Eiichiro Oda, siri ini disambut baik oleh peminat di seluruh dunia dan diakui sebagai adaptasi aksi langsung terbaik untuk mana-mana siri anime. Sempena itu, Netflix telah membawa dub Bahasa Melayu untuk One Piece live-action.

Berita ini diumumkan melalui media sosial Netflix, khususnya platform X, yang berkata:

Cepat cari topi jerami korang, sebab dub baharu Bahasa Melayu untuk siri #ONEPIECE kini berlabuh di port Netflix.

Cepat cari topi jerami korang, sebab dub baharu Bahasa Melayu untuk siri #ONEPIECE kini berlabuh di port Netflix ⚓ pic.twitter.com/qvzOykoqOM

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) December 22, 2023

Menurut data rasmi, adaptasi One Piece live-action telah mendominasi carta Netflix dan kini menjadi salah satu rancangan TV paling popular buat masa sekarang. Secara lebih spesifik, siri One Piece telah mendahului Netflix Top 10 English TV List, dan memperoleh sebanyak 18.5 juta tontonan pada empat hari pertama tayangan.

Bukan itu sahaja, siri ini juga mencapai senarai Top 10 di 93 negara, dan debut di #1 di 46 negara, termasuk Malaysia serta mempunyai salah satu skor tontonan paling tertinggi dalam sejarah Netflix. Daripada segi pencapaian, ini bermaksud One Piece telah mengatasi Stranger Things dan Wednesday.

Jadi jika anda belum lagi menonton Netflix One Piece ataupun ingin melihat siri ini daripada perspektif lain, sila cuba sekarang dalam dub Bahasa Melayu.

Kredit: Netflix

Sinopsis

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda ialah penulis, penerbit eksekutif, dan pengarah. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.


Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!

Tags: Bahasa Melayunetflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Liberator Diumumkan, Adaptasi Webcomic Digimon Card Game!

Next Post

Filem Anime SPY×FAMILY CODE: White Bakal Tayang di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Filem Anime SPY×FAMILY CODE: White Bakal Tayang di Malaysia!

Filem Anime SPY×FAMILY CODE: White Bakal Tayang di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd