Pada awal bulan ini, Netflix telah mengumumkan mereka akan mengupah bekas eksekutif Electronic Arts dan Oculus, Mike Verdu sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menambahkan permainan video ke perkhidmatan Netflix. Masih ada banyak persoalan mengenai “bagaimana” mereka akan melaksana ciri tersebut, tetapi Netflix kini telah mendedahkan bahawa pengguna tidak perlu membayar apa-apa kos tambahan untuk mengakses ciri “game” ini.
On earnings call now, Netflix confirms it is working on adding games and won’t charge users extra for them. Story on this from last week: https://t.co/62cVAo7Yx1
— Mark Gurman (@markgurman) July 20, 2021
Selepas mengadakan mesyuarat pendapatan, Netflix menyatakan bahawa kos untuk ciri permainan video akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan semasa tanpa sebarang bayaran tambahan. Saya masih tidak tahu jenis permainan apa yang akan ditawarkan, dan berapa banyak permainan yang disertakan, tetapi ini adalah pengumuman yang sangat mengejutkan.
Memandangkan jumlah pengguna Netflix sangat tinggi, syarikat ini kemungkinan besar akan berjaya dengan ciri permainan video ini. Ia masih terlalu awal untuk menilai permainan apa yang akan ditawarkan oleh Netflix, tetapi dengan lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia, kemungkinan besar ramai yang akan mencuba memandangkan ia percuma dan merupakakan sebahagian dari langganan.
Walaupun Netflix tidak akan mengenakan kos tambahan untuk ciri permainan video, ada yang yang berpendapat bahawa bahawa kos langganan akan meningkat dari masa ke masa. Netflix telah meningkatkan harga langganan selama bertahun-tahun ini, dan ini pun mungkin antara inisiatif untuk membiayai ciri-ciri terbaru dalam langganan. Jika tidak, bagaimana mereka ingin menarik minat pembangun dan penerbit untuk menyertai projek tersebut.
Sekali lagi saya katakan, ramai tidak tahu bagaimana ciri “game” ini akan memberi impak kepada masa depan Netflix, tetapi saya harus mengaku bahawa rancangan mereka memang sangat berani! Walaupun para gamer tidak berminat untuk melihat apa yang akan ditawarkan oleh Netflix, pengumuman ini pasti akan menarik perhatian pengguna biasa.
Untuk segala liputan kami tentang Netflix, sila tekan pautan ini.
Sumber – Anime News Network
@gamersantaimy
Discussion about this post