Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase Games menubuhkan GPTRACK50 – studio baru oleh Hiroyuki Kobayashi, produser Resident Evil

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
NetEase Games menubuhkan GPTRACK50 – studio baru oleh Hiroyuki Kobayashi, produser Resident Evil
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games, pemaju dan penerbit untuk game popular seperti Harry Potter: Magic Awakened dan Identity V, telah mengumumkan penubuhan studio game serba baharu GPTRACK50, yang bertujuan untuk menyampaikan kandungan hiburan original dari Jepun kepada pemain di seluruh dunia.

Diketuai oleh Hiroyuki Kobayashi (produser terkenal di sebalik siri termasuk Resident Evil, Dino Crisis, Devil May Cry, Sengoku Basara, dan Dragon’s Dogma), studio baharu ini mengumpul ramai profesional berpengalaman daripada industri gaming dan filem & televisyen untuk membangunkan content berkualiti bagi para gamer.

Saya percaya bahawa NetEase Games, sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pelaburan dan pembangunan bersama, ialah rakan kongsi perniagaan yang sangat boleh dipercayai dalam membangunkan game dan projek hiburan berkualiti tinggi.

Dengan sokongan dan penghormatan daripada NetEase dalam memahami pencapaian dan nilai pembangunan saya dan pasukan, saya akan membina pasukan yang lebih kukuh dengan matlamat untuk mencipta lebih banyak kandungan original berkualiti yang akan memuaskan hati orang di seluruh dunia.

kata Hiroyuki Kobayashi, Presiden GPTRACK50.

Menurut NetEase Games, matlamat utama GPTRACK50 adalah untuk mencipta IP original yang akan menarik perhatian seluruh dunia. Studio ini berusaha untuk membina kandungan game asli dan meluaskan spektrum daripada game kepada siri filem dan hiburan.

Presiden, Hiroyuki Kobayashi, telah bekerja secara peribadi dalam penghasilan siri aksi langsung dan CG Resident Evil. Beliau juga terlibat dalam produksi banyak portfolio IP game lain, termasuk aksi langsung, animasi, drama pentas, adaptasi manga, dan lain-lain. Dengan menggunakan pengalamannya, studio akan mencipta IP baharu dan mengembangkannya ke skala global melalui filem, novel dan adaptasi manga.

Buat masa ini, tumpuan utama mereka adalah untuk menghasilkan kandungan konsol/pc berkualiti tinggi.

Berikut adalah rupa ofis semasa:

Untuk maklumat lanjut mengenai studio, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Tags: GPTRACK50Hiroyuki Kobayashinetease games
Previous Post

PlayStation umum koleksi fesyen GoW Ragnarok bersama #FR2 & New Era!

Next Post

Senarai filem hebat bakal tiba di GSC pada bulan November 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Senarai filem hebat bakal tiba di GSC pada bulan November 2022!

Senarai filem hebat bakal tiba di GSC pada bulan November 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd