Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naraka: Bladepoint rasmi jadi “free-to-play” pada 13 Julai di PC, Xbox & PS5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naraka: Bladepoint rasmi jadi “free-to-play” pada 13 Julai di PC, Xbox & PS5
Share on FacebookShare on Twitter

Buat sesiapa yang mencari game battle royale baru, korang boleh cuba Naraka: Bladepoint – yang rasmi akan menjadi “free-to-play” bersama dengan pelancaran versi PlayStation 5 bermula 13 Julai.

Merupakan game battle royale aksi tempur wuxia, Naraka: Bladepoint diterbitkan oleh NetEase Games dan buat masa sekarang, masih adalah game berbayar. Nasib baiklah anda tidak perlu tunggu lama lagi kerana Naraka tidak lama lagi boleh dimainkan oleh semua orang di seluruh. Sempena itu, anda boleh tonton dahulu video di bawah yang meraikan pengumuman ini:

Seperti saya kata tadi, ini adalah game battle royale di mana 60 pemain harus bertarung antara satu sama lain untuk menjadi juara di atas sebuah pulau misteri bernama “Pulau Morus“. Konsep gameplay adalah sama; pemain memilih satu lokasi pada peta untuk muncul lalu mencari senjata, perisai dan peralatan lain untuk melengkapkan diri sambil berwaspada kepada serangan hendap musuh.

NetEase Games

Apa yang membezakannya adalah kita tidak menggunakan senapang atau pistol, sebaliknya pemain akan menggunakan pertarungan jarak dekat yang diilhamkan oleh seni wuxia/kung-fu. Terdapat pelbagai senjata jarak dekat dan senjata jarak jauh untuk dipilih, serta cangkuk yang boleh digunakan untuk pertempuran atau mengembara dengan laju.

NetEase Games

Pemain boleh beratur untuk sama ada secara solo atau dalam trio dan pilih salah satu daripada 16 watak, masing-masing dengan kemahiran dan abiliti berbeza. Bukan itu sahaja, watak-watak tersebut boleh diubahsuai dan terpulang kepada pemain untuk customize watak itu mengikut gaya permainan mereka.

NetEase Games

Pelancaran versi PS5

NetEase Games

Naraka: Bladepoint pertama kali dilancarkan untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 11 Ogos 2021, diikuti oleh Xbox Series pada 23 Jun 2022 dan Xbox One pada 22 Disember 2022. Kini versi PS5 akan menyusul pada 13 Julai.

Pemain PS yang berminat boleh wishlist game ini sekarang melalui PlayStation Store. Selepas muat turun, pemain akan menerima skin Katana, Ryuzan·Frost Reflection dan dua Immortal Treasure. Ahli PS Plus juga akan menerima lima lagi Treasure, Headwear eksklusif yang direka khas untuk ahli PlayStation Plus dan barangan tambahan.

NetEase Games

Sekali lagi saya ingatkan, Naraka: Bladepoint rasmi akan menjadi “free-to-play” bermula 13 Julai di platform PC melalui Steam dan Epic Games Store, Xbox Series, Xbox One dan PS5.

Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: Free-to-PlayNaraka: Bladepointps5
ShareTweetSend
Previous Post

Kebocoran EA Sports FC memperlihat tarikh keluaran & info lain!

Next Post

Bab Terbaharu Manga Oshi no Ko Bikin Peminat Kecoh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Bab Terbaharu Manga Oshi no Ko Bikin Peminat Kecoh!

Bab Terbaharu Manga Oshi no Ko Bikin Peminat Kecoh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd