Baru-baru ini, beberapa laporan kecoh di media sosial menyatakan bahawa permainan video yang dinanti-nantikan peminat iaitu The Last of Us Part II akan dilancarkan tahun hadapan!
Antaranya, didalam sesi temuramah Siaran Youtube Critical Role bersama Brian Foster menampilkan Ashley Johnson (watak Ellie dan juga beberapa watak lain untuk Critical Rolel) tidak sengaja tersebut perkataan ”Febb” dan digantung ayatnya oleh Foster dan disangkakan perkataan disebut Ashley sebenarnya Februari.
Korang boleh saksikan sendiri perbualan mereka berdua mengenai The Last of Us II pada jam ke 1:07:06
https://www.youtube.com/watch?v=0kAeCN8UahA&feature=youtu.be&t=4007
Namun menurut posting terbaru Instagram Ashley yang mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun ke 6 buat semua keluarga The Last of Us, seorang peminat turut menanyakan mengenai tarikh rasmi keluaran permainan itu. Walau bagaimanapun, menurut komen yang dibalasnya menyatakan secara berjenaka “31 Februari dan 32 Oktober selama bertahun-tahun dan semua orang bertindak seperti itu benar, saya berdiri di belakang tarikh itu kerana mereka pasti nyata.”
Pada hujung bulan lalu, seperti yang dilaporkan oleh Kotaku, Jason Shreier yang menyatakan dalam Twitternya bahawa pengeluaran Death Stranding akan hadir November 2019 (ternyata benar) dan The Last of Us II akan datang awal tahun 2020, dan mungkin pada bulan Februari.
Jika benar pelepasan The Last of Us II ada lah Februari 2020, ia mungkin adalah benar. Menurut ZhugEx di ResetEra, itu adalah tarikh pelepasan dalaman semasa untuk permainan, yang bermaksud ada kemungkinan ia boleh berubah sebelum sebarang pengumuman formal dibuat.
Kami dah tak sabar dengan semua kebocoran tarikh ni! Harap-harap betullah Februari 2020. Yang pastinya ramai peminat dan kami sendiri ingin mengetahui tarikh pelepasannya yang sebenar!
Sumber: Eurogamer
@gamersantaimy
Discussion about this post