Pernahkah anda melihat Fall Guys dan terfikir, “Dari Jellybean, baik jadi apam balik ke~ sayur ke~” Mesti menarik kan dari mengharapkan satu watak kacang jeli tu dengan pelbagai skin~ Baiklah, nampaknya ada yang menunaikan hajat terpendam korang tu. Dalam kes ini, pemaju Boros Bros, pembangun yang bertanggungjawab untuk permainan ala Fall Guys iaitu Bro Falls: Ultimate Showdown.
Bro Falls memasuki akses awal di Steam bermula pada 25 Jun, dan kini tersedia sebagai permainan percuma untuk dimainkan. Tajuk “Free-to-play” tu seperti kebiasaan lah~ Mesti anda tahu bahawa selalunya free-to-play ni mesti akan ada pembelian dalam permainan kan~ Tetapi, “Free-to-play” itu pun tidak akan bertahan lama, ketika pelancaran penuh kemungkinan besar anda perlu membeli permainan ini, tetapi masih belum diberitahu berapa harganya.
Walaupun permainan ini menggunakan konsep yang lebih kurang seperti Fall Guys, namun reka bentuk watak Bro Falls adalah mengenai makanan, bukan Jellybean seperti Fall Guys. Dari segi permainan, walaupun sangat mirip dengan Fall Guys, ia juga menambah elemen baru. Pemain dapat memainkan brokoli yang disebut “Brokkoli” dan kemudian mengaktifkan perangkap untuk membingkai pemain di landasan.
MENANG SETIAP PUSINGAN UNTUK MENJADI MAKANAN TERAKHIR DAN DAPATKAN CROWN LEGENDARI!
Brokkoli marah kerana tidak ada yang memilihnya untuk dimasukkan ke dalam troli. Rancangan induknya yang jahat adalah bahawa dia menangkap semua makanan dan menjatuhkannya ke dalam perbicaraan pertarungan. Makanan harus melalui perangkap dan rintangan untuk keluar dari percubaan dan mengalahkan Brokkoli.
Lebih menarik, Brokkoli dapat menaktifkan pelbagai jenis perangkap ketika dalam permainan untuk menghalang makanan lain masuk ke kawasannya!
Spesifikasi Bro Falls: Ultimate Showdown | ||
MINIMUM: | REKOMENDASI | |
OS: | Windows 10 64-bit or 32-bit | Windows 10 64-bit or 32-bit |
Pemproses: | Intel i3-3100 or AMD Ryzen 1200X | Intel i5-3300 or AMD Ryzen 1600 |
Memori: | 6 GB RAM | 8 GB RAM |
Grafik: | NVIDIA GTX 660 or AMD Radeon HD 7950 | NVIDIA GTX 1050Ti or AMD Radeon RX 470 |
DirectX: | Version 11 | Version 11 |
Storan: | 3 GB available space | 3 GB available space |
Oleh itu, jika ini adalah jenis permainan battle royale yang anda sukakan, atau anda memang pemain Fall Guys, anda mungkin perlu mendapatkan Bro Falls: Ultimate Showdown sebelum Akses Awal berakhir dan status bebas bermain berpotensi berubah terutama pada harganya.
@gamersantaimy
Discussion about this post