Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok: Kratos manfaatkan 3 senjata, gameplay semakin fleksibel!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok: Kratos manfaatkan 3 senjata, gameplay semakin fleksibel!
Share on FacebookShare on Twitter

God of War Ragnarok akan keluar dalam beberapa minggu lagi tetapi sebelum itu, PlayStation telah mengeluarkan satu lagi trailer gameplay baru yang mempamerkan sistem pertempuran dan musuh kita bakal hadapi.

Anda boleh tonton trailer di bawah dahulu:

Pertama sekali, kita boleh melihat Kratos dan Atreus kembali ke Alfheim (alam Elf) untuk menunjukkan kehebatannya dalam pertempuran. Seperti biasa, Kratos sibuk membunuh musuh memakai Blades of Chaos dan Leviathan Axe manakala Atreus akan membantu ayahnya dengan memberi sokongan tambahan (menembak anak panah).

Khusus untuk Blades of Chaos; asalnya ia hanya boleh diakses di penghujung God of War (2018), tetapi Kratos kini boleh menggunakan senjata ikoniknya di awal Ragnarok.

Di sini, studio Santa Monica telah membuat beberapa perubahan besar seperti kepulangan beberapa mekanik nostalgia seperti abiliti grapple milik Blades of Chaos yang digunakan untuk mendekatkan Kratos dengan musuh serta digunakan untuk mencapai kawasan yang tinggi.

Seterusnya, Kratos boleh menggunakan dua perisai di dalam Ragnarok -satu perisai lebih memfokuskan pada parry manakala satu lagi tertumpu pada menghalang serangan dan menahan damage.

Namun, Kratos bukan satu-satunya watak yang berubah. Anak lelakinya, Atreus turut memperoleh abiliti baharu dalam sekuel. Atreus, yang kini sudah remaja, akan mempamerkan lebih banyak kebebasan semasa pertarungan, dan mengambil inisiatif semasa bertarung daripada menunggu untuk diberitahu apa yang perlu dilakukan.

Bukan itu sahaja, pasangan anak-beranak itu juga mempunyai pilihan interaksi yang semakin luas untuk membantu menyelesaikan teka-teki dalam game dan berinteraksi dengan alam sekitar.

Secara keseluruhan, kita dapat melihat bagaimana pasukan pemaju menyerlahkan lagi sistem pertempuran God of War Ragnarok, dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pemain untuk menentukan gameplay dengan pilihan customization senjata, abiliti dan senjata agar sesuai dengan playstyle mereka.


God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November untuk PS4 dan PS5. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini termasuk preview awal, sila tekan pautan ini.

Tags: God of War RagnarokKratos
Previous Post

Perkenalkan Greavard! Pokemon Ghost Terbaru Dalam Scarlet & Violet!

Next Post

Nak skin tapi harga mahal, peminat Overwatch 2 minta Blizzard kembalikan loot box!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Nak skin tapi harga mahal, peminat Overwatch 2 minta Blizzard kembalikan loot box!

Nak skin tapi harga mahal, peminat Overwatch 2 minta Blizzard kembalikan loot box!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd