Salam perkenalan kepada semua survivor FREE FIRE! Seperti yang anda sedia maklum, setiap watak di dalam Free Fire mempunyai keunikan tersendiri, termasuk kebolehan atau abiliti ketika di atas medan perang. Tetapi adakah anda ingin tahu bahawa watak manakah yang boleh membuat anda mengecapi kemenangan dengan lebih mudah dalam Squad Mode. Pasti anda ingin tahu kan? Berikut adalah tujuh watak terbaik untuk Squad Mode di dalam FREE FIRE!
Rafael
Watak pertama yang saya ingin memperkenalkan ialah Rafael. Rafael mempunyai keupayaan dan kebolehan yang kuat, terutama untuk menjadi sniper. Ini adalah kepakaran khususnya. Yang lagi seronok bermain sniper sebagai Rafael ialah dia mempunyai kebolehan yang digelar ‘Dead Silent‘. Kebolehan ini membuatkannya tidak kelihatan dalam mini map selama durasi 8 saat. Bagi mereka yang lebih suka sniping, disarakan mengambil beliau.
Paloma
Dewi kecantikan ini sebenarnya berasal daripada kemiskinan. Dia adalah watak seterusnya yang boleh anda gunakan jika anda ingin bermain secara kombinasi. Paloma bertindak sebagai marksmen utama kerana mempunyai nilai damage yang tinggi dan serta berkeupayaan menjadi finisher. Bukan setakat itu sahaja, dia juga berbaloi untuk digunakan keranan kemampuannya untuk membawa peluru AR banyak membuat anda tidak perlu risau untuk mencari ammo.
MocoMoco adalah salah satu watak suppport di dalam Free Fire. Dia menjadi support bukan kerana dia boleh menyembuh rakan sepasukan sahaja, malah memiliki keupayaan untuk mengesan musuh seperti radar. Kalau seperti itu, pasti terlalu OP kan. Jangan risau. Ada syarat tertentu untuk mengaktifkan kebolehan ini, iaitu anda harus menembak musuh terlebih dahulu sebelum boleh memberi isyarat. Hasil daripada kebolehan ini, Moco sangat penting untuk para sniper dalam membunuh pemain lain. Pastikan anda memilih rakan sniper yang bagus tau!
Hayato
Jika anda memerlukan seorang tank, anda boleh memilih Hayato untuk memaksimumkan keupayaannya untuk membunuh musuh. Lebih banyak HP Hayato yang ditolak, semakin tinggi nilai damage yang akan dihasilkannya. Sekiranya anda suka bermain barbar, saya rekomenkan anda untuk menggunakan watak ini. Tetapi ada sesuatu yang perlu diingatkan juga, keupayaan ini masih ada cacat celanya. Walaupun ia meningkatkan nilai damage, tetapi anda masih perlu tahu kapasiti HP anda apabila terdedah kepada serangan daripada musuh.
Olivia
Olivia adalah jururawat dengan kuasa dan kebolehan penyembuhan paling hebat. Kebolehannya sangat berguna terutama ketika bermain duo atau skuad kerana setiap pasukan memerlukan medic kan? Mereka boleh selamatkan kita daripada saat yang genting atau drastik hanya dengan Olivia menyembuhkan rakan sepasukannya dengan jumlah tambahan HP yang banyak. Jumlah tambahan HP akan semakin meningkat mengikut level Olivia. Jangan kata watak penembak sahaja yang penting, medic juga amat diperlukan di atas medan perang.
Laura
Ingin bermain sebagai sniper tetapi malas untuk bersembunyi daripada musuh dan lebih mengemari gameplay yang seimbang? Anda harus menggunakan Laura dan meletakkan dirinya dalam peranan sniper. Laura sendiri mempunyai keupayaan untuk meningkatkan ketepatan semasa menembak dan sesuai digunakan untuk jarak jauh. Abiliti ini pon mudah untuk diaktifkan. Keperluan untuk memaksimumkan kebolehan ini adalah untuk menggunakan skop ketika menembak. Mudah kan?
A124
Watak terakhir yang saya akan memperkenalkan ialah A124. A124 adalah robot yang mempunyai keupayaan unik untuk memulihkan HP melalui baki EP. Alasan utama mengapa saya memilih dia juga adalah kerana A124 boleh menjadi Tank yang anda boleh maksimumkan kebolehannya pada barisan depan. Statistik dia amat seimbang, dan pemain baru pun boleh seronok memakai dia.
@gamersantaimy
Discussion about this post