Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nadrah Saufi, gadis Sarawak pertama untuk wakil negara dalam esport Dota 2

safwan by safwan
August 2, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PC, Sukan/lumba, Tempatan
0 0
0
Nadrah Saufi, gadis Sarawak pertama untuk wakil negara dalam esport Dota 2
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan Sukan Komanwel sedang berlangsung daripada 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022, terdapat acara yang sangat menarik iaitu kejohanan esport. Dan yang lebih menarik adalah gadis yang berasal daripada Sarawak telah menjadi pemain utama untuk mewakili negara dalam kategori wanita Dota 2 di kejohanan esport Komanwel.

Menurut Nadrah, “Saya tidak sabar untuk membuat satu kejayaan besar kerana ini adalah kejohanan utama pertama saya setakat ini dan kerjaya kompetitif saya baru sahaja bermula. Saya mahu melihat bagaimana ini akan membawa saya.” Sebelum mewakili negara di Sukan Komanwel, dia selalu menyertai kejohanan esport kecil dan online.

Ketua pasukan Team Grills Gaming, Stephanie Lim Yuen Lii sendiri yang menghubunginya selepas dia dicadangkan oleh beberapa orang semasa pasukannya memerlukan pemain, katanya. Dia juga berkata yang mereka akan menyasarkan untuk menghabiskan kejohanan tersebut dalam Top 3 dan cuba untuk mendapatkan pingat emas.

Nadrah dan ahli pasukannya akan mewakili negara dalam kategori perempuan untuk Dota 2. Dan banyak lagi sukan yang akan dimainkan semasa kejohanan esport Sukan Komanwel.

Pada Sukan Komanwel kali ini, mereka menyediakan tiga kategori sahaja iaitu Dota 2, eFootball series dan Rocket League yang dianjurkan di International Convention Centre (ICC) pada 6 Ogos dan 7 Ogos 2022. Setiap daripada game yang mainkan, ia mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori wanita sahaja

Dalam game Dota 2, Malaysia menghantar wakil bagi kedua-dua kategori di mana kategori terbuka akan diwakili oleh Team Atlantis manakala kategori perempuan sahaja diwakili oleh Team Grills Gaming. Berikut adalah senarai pemain yang mewakili negara dalam game tersebut.

  • Kategori Terbuka (Team Atlantis)
    • William Yeoh Kwok Teong
    • Denise Danial Abdullah
    • Chung Wei Shen
    • Ahmad Ayhad Husam
    • Pang Sze Xuan
    • Loyd Yong Binjie
    • Yong Wen Hao (JUrulatih)
  • Kategori Perempuan (Team Grills Gaming)
    • Stephanie Lim Yuen Lii
    • Bette Shia Hooi Ping
    • Tan Lyn Xhin
    • Nadrah Saufi
    • Wong Wei Sian
    • Liam Chern Tze
    • Loh Yong Heng (Jurulatih)

Manakala untuk eFootball series, Malaysia Esport Federation (MESF) telah memilih Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh untuk mewakili negara dalam game tersebut. Nor Haikal dipilih kerana dia telah menjadi juara semasa pusingan kelayakan dan sekali gus mewakili negara dalam game PES 2020 di Piala Presiden Esports 2020 di Jakarta Indonesia.

Malangnya, MESF tidak menghantar pemain untuk mewakili negara dalam game Rocket League.

Untuk pengetahuan korang, kejohanan esport Komanwel tidak memberikan medal Sukan Komanwel sebaliknya mereka menyediakan medal yang menampilkan jenama kejohanan itu sendiri.

Jadi, mari kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada semua pemain esport yang mewakili negara tercinta kita, Malaysia. Tidak lupa juga kepada pemain yang bermain sukan lain seperti silat, lumba lari dan banyak lagi. Nadrah Saufi telah mencipta sejarah di Sarawak kerana dia merupakan gadis pertama yang mewakili negeri tersebut dalam Dota 2 di kejohanan esport Komanwel.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada anda semua. Majulah sukan untuk negara. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai esport, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Dota 2EfootballKejohanan Esport CommonwealthNadrah SaufiSukan CommonwealthTeam AtlantisTeam Grills Gaming
Previous Post

Pas TGV Cinemas “Marvel Super Pass” kini boleh digunakan untuk semua filem bermula 4 Ogos ini!

Next Post

Dah labur $100k, Pemain Diablo Immortal terus tidak boleh akses acara PvP!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Dah labur $100k, Pemain Diablo Immortal terus tidak boleh akses acara PvP!

Dah labur $100k, Pemain Diablo Immortal terus tidak boleh akses acara PvP!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd