Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Ultra Rumble Akan Lancar 28 September! Main Percuma!

Maira by Maira
September 21, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game, Game Percuma, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
My Hero Ultra Rumble Akan Lancar 28 September! Main Percuma!

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Game battle royale My Hero Ultra Rumble akan dilancarkan tidak lama lagi! Diumumkan semasa Tokyo Game Show 2023, My Hero Ultra Rumble akan tersedia secara percuma untuk dimainkan pada 28 September 2023. Pengumuman tersebut disertakan sekali dengan trailer baru game! Anda boleh tontonnya di bawah.

Dibangunkan oleh BYKING, My Hero Ultra Rumble merupakan game “Free-to-Play Online Battle Royale Multiplayer” berdasarkan siri manga dan anime popular, My Hero Academia oleh Kohei Horikoshi. Buat masa ini, ia disahkan bahawa game ini akan datang ke PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

My Hero Ultra Rumble
Kredit: BNE Asia

Berkenaan gameplay, pemain dapat bersaing dengan orang lain sebagai Hero atau Villain daripada siri. Pilih watak kegemaran dan berganding bahu dengan dua pemain lain secara online untuk mengalahkan tujuh pasukan lawan. Seperti mana-mana game battle royale, objektif utama adalah untuk bertahan hidup dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih hidup.

My Hero Ultra Rumble
Kredit: BNE Asia

Dengan pelancaran game semakin hampir, akaun X game turut menjalankan kempen khas! Pelbagai ganjaran yang semua pemain boleh dapatkan kalau kempen tersebut berjaya. Kempen ini hanya berlangsung bermula 21 September sehingga 27 September 2023. Jadi jangan lupa untuk follow!

🎙️HEEEEYYYYY!🎙️

In preparation of the launch of #MHUR, we're running a follower campaign!
Check the details below! Tell your friends to follow to ensure the best rewards!

Campaign Duration: 9/21 – 9/27 7:59 PDT | 16:59 CEST pic.twitter.com/u011bwNl2v

— MY HERO ULTRA RUMBLE (@MyHeroUR) September 21, 2023

Adakah anda akan bermain game ini apabila ia keluar nanti? Tinggalkan pendapat anda di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Tags: My Hero AcademiaMy Hero Ultra Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Dragon’s Dogma 2 – Mencari Naga dalam demo awal!

Next Post

MECHAMATO Musim 2 Akan Tiba di Netflix 1 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
MECHAMATO Musim 2 Akan Tiba di Netflix 1 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama!

MECHAMATO Musim 2 Akan Tiba di Netflix 1 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd