Nampaknya sekali lagi ODEX Private Limited memberi berita gembira pada peminat anime di Malaysia kerana mereka telah mengumumkan sebuah lagi filem anime kegemaran ramai akan ditayangkan di pawagam Malaysia! Filem anime yang dimaksudkan adalah MY HERO ACADEMIA: Heroes Rising yang baru sahaja mencipta rekod menjadi hit box-office di tangga pertama terkini di Amerika!
https://www.facebook.com/ODEXanime/videos/141845870405515/
MY HERO ACADEMIA: Heroes Rising telah pun ditayangkan di Jepun pada 20 Disember tahun lalu yang mengisahkan Deku dan hero-hero yang lain dalam kela 1-A menyelamatkan sekumpulan penduduk pulau dari penjahat yang berkuasa. Merupakan filem kedua yang diadaptasi dari manga My Hero Academia dari Kōhei Horikoshi. Filem ini diarahkan oleh Kenji Nagasaki dan diterbitkan oleh Bones.
Anime wira nombor satu kembali di pawagam untuk pertempuran melampaui batas yang peminat pernah lihat! Kelas 1-A melawat Pulau Nabu di mana mereka akhirnya dapat melakukan beberapa kerja hero sebenar. Tempat itu begitu damai sehingga ia lebih seperti suatu percutian… sehingga mereka diserang oleh seorang penjahat dengan Quirk yang tak terduga! Kuasa beliau agak dikenali dan kelihatannya seperti Shigaraki mempunyai idea dalam rancangan itu. Tetapi dengan semua All Might yang dah pencen serta kehidupan rakyat di garisan, memang tiada masa untuk sebarang soalan. Deku dan kawan-kawannya adalah generasi pahlawan yang akan datang dan mereka satu-satunya harapan di pulau itu.
Baru sahaja ditayangkan di Amerika bermula minggu lalu, filem anime ini telah memecahkan hit- box Office di tangga pertama hanya selepas beberapa hari tayangan. Dan itu bermaksud filem anime ini sangat digemari bukan hanya di Jepun, malah diseluruh dunia!
Seperti yang dinyatakan diatas, ODEX telah pun memaklumkan filem MY HERO ACADEMIA: Heroes Rising akan ditayangkan di Malaysia juga beberapa negara yang lain termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia. Tetapi masih tiada tarikh rasmi untuk kehadiranya di pawagam tempatan.
Jadi jangan lupa untuk terus kemaskini bersama kami atau di ODEX untuk ketahui bila tayangan filem anime MY HERO ACADEMIA: Heroes Rising akan ditayangkan!
[UPDATE]
https://www.facebook.com/GSCinemas/videos/888724051547972/?v=888724051547972
HERO ACADEMIA: Heroes Rising secara rasmi akan ditayangkan di GSC Malaysia bermula 26 march 2020 ini gaiss! Jangan lupa book tiket wayang awal-awal nanti okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post