Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Heroes Rising dibuka di GSC Malaysia pada 9 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
My Hero Academia: Heroes Rising dibuka di GSC Malaysia pada 9 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

PLUS ULTRA! Syarikat GSC telah mula menayangkan trailer untuk filem My Hero Academia: Heroes Rising (Boku no Hero Academia the Movie: Heroes Rising) pada hari Selasa yang mendedahkan tarikh penayangan filem akan dibuka pada 9 Julai di Malaysia. GSC sebelum ini menjadualkan filem tersebut untuk dibuka pada 26 Mac, tetapi ditangguhkan kerana wabak koronavirus yang bahaya (COVID-19).

Sinopsis:

Kelas 1-A sedang melawat Pulau Nabu di mana mereka akhirnya dapat melakukan beberapa kerja hero sebenar. Tempat itu sangatlah aman… sehingga mereka diserang oleh seorang penjahat dengan Quirk yang tak diduga! Kelas 1-A kenal Quirk ini, dan nampaknya Shigaraki terlibat dalam rancangan ini. Tetapi All Might yang sudah bersara pensiunan dan nyawa penduduk pulau diancam, tidak ada masa untuk soalan. Deku dan kawan-kawannya adalah generasi Hero seterusnya, dan merekalah satu-satunya harapan pulau itu.

Seperti filem My Hero Academia: Two Heroes sebelumnya, pencipta Kōhei Horikoshi mengawas keseluruhan filem ini, dan menangani reka bentuk watak. Kenji Nagasaki dan Yousuke Kuroda kembali daripada siri dan filem sebelumnya sebagai pengarah dan penulis skrip. Yoshihiko Umakoshi mereka bentuk watak, dan Yuuki Hayashi sekali lagi menyusun muzik manakala studio BONES menguruskan animasi filem itu.

Horikoshi sebelum ini mengatakan bahawa filem ini akan menjadi yang terakhir untuk francais, kerana “tidak akan ada filem ketiga.” Dia menjelaskan bahawa filem kedua dapat digambarkan sebagai penamat untuk My Hero Academia. Ini kerana ceritanya menggunakan salah satu konsep yang telah dia pertimbangkan untuk guna dalam pertarungan terakhir di manga. Disebabkan itu, dia menyatakan bahawa filem kedua lebih “Plus Ultra” daripada filem pertama.

Sekali lagi, saya ingatkan bahawa My Hero Academia: Heroes Rising akan memulakan tayangan di GSC Malaysia pada 9 Julai.

Tags: filemGSCMalaysiaMY HERO ACADEMIA: Heroes Rising
Previous Post

Kini hadir di “The Nexus” – Heroes of the Storm membawa hero baru Mei, acara Nexomania II dan Nexus Anomaly!

Next Post

Update PUBG Mobile 0.19.0 menambah map baru, kereta baru & lain-lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Update PUBG Mobile 0.19.0 menambah map baru, kereta baru & lain-lain!

Update PUBG Mobile 0.19.0 menambah map baru, kereta baru & lain-lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd