Selepas cliffhanger pada bab manga My Hero Academia yang lalu, nampaknya peluang untuk hero menang dalam peperangan kali ini semakin tipis. Bukan setakat itu sahaja, All For One seperti yang disangka sangat mudah untuk dikalahkan. Bab 343 My Hero Academia membawa kita melihat tiga perspektif tiga pertarungan antara tiga villain iaitu Shigaraki, Dabi dan All For One. Mesti anda juga tertanya-tanya tentang keadaan Bakugo yang sudah tidak sedarkan diri. Jom kita lihat apa yang terjadi sepanjang bab terbaru manga!
AMARAN! Ada spoiler manga My Hero Academia bab 363 di bawah!
Nampaknya jantung Bakugo betul-betul sudah berhenti dan cedera parah. Peluang untuknya hidup kini semakin tipis. Shigaraki pula mengambil peluang untuk melemahkan lagi semangat hero selepas apa yang terjadi kepada Bakugo. Dia juga ingin menambah lagi bilangan mangsa untuk dijadikan “hadiah” kepada Deku apabila dia sampai ke destinasi itu. Shigaraki betul-betul ingin membuatkan Deku mengamuk kali ini.
Selepas itu kita dibawa pula ke pertarungan antara Dabi dan Shoto. Kita nampak Shoto memberikan satu serangan ais yang kuat kepada Dabi tetapi tidak didedahkan kesudahannya pada waktu itu. Ramai peminat yang menyangka Dabi akan dibekukan denga serangan tersebut tetapi malang sekali itu tidak terjadi. Dabi sempat meniru salah satu serangan api terkuat Shoto dan terlepas daripada serangan ais itu. Keadaan badan Dabi juga sudah semakin teruk dengan api yang membara. Dia selepas itu memanggil Skeptic untuk mengetahui lokasi ayahnya, Endeavor.
Skeptic nampaknya sedang sibuk menggodam sistem penting hero malah menyekat sistem komunikasi mereka. Berkemungkinan besar dia juga sedang menutup jalan keluar dan memerangkap semua orang yang ada dalam bangunan tersebut.
Kembali ke Endeavor dan All For One, ingatkan selepas topengnya pecah, AFO akan kecundang, lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang sangat bergantung pada alat bantuan. Lain pula yang terjadi apabila dia telah munculkan rupanya yang sebenar dan disahkan sendiri oleh Hawks. Tanpa sebarang kecederaan pada All For One dan tindakan Villain lain, kemenangan nampaknya lebih berpihak kepada League of Villains. Deku pula masih lagi tidak muncul-muncul. Harap-harap dapatlah kita bertemunya dalam bab akan datang. Anda boleh membaca bab terbaru ini melalui aplikasi atau laman web MangaPlus secara percuma.
@gamersantaimy
Discussion about this post