Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MtG bakal keluarkan set baharu ‘March of the Machine’ pada 21 April 2023! Info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2023
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Tabletop
0 0
0
MtG bakal keluarkan set baharu ‘March of the Machine’ pada 21 April 2023! Info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kami dapat berita bahawa Wizards of the Coast akan mengeluarkan March of the Machine, set terbaru untuk permainan kad Magic: The Gathering (MtG), pada 21 April 2023. Sebagai bahagian terakhir dalam kisah 4-bahagian Phyrexia, March of the Machine mengharuskan pemain bekerjasama dengan makhluk legenda dan Planeswalker dari seluruh Multiverse untuk melawan pencerobohan Phyrexia.

March of the Machine menampilkan beberapa mekanik baharu, yang paling menarik ialah yang jenis kad serba baharu – Battle. Battle ialah jenis kad dua-muka baharu: apabila bermain Battle, anda memilih pihak lawan untuk melindunginya. Begitu juga dengan Planeswalker, Battle boleh dicederakan atau diserang dan apabila dikalahkan, tukar ke kad baharu yang lebih kuat secara percuma!

Turut ditampilkan ialah Backup – mekanik yang membolehkan pemain menambah counter +1/+1 kepada makhluk mereka dan mendapat abiliti tambahan berdasarkan makhluk yang memberi counter tersebut. Peminat kepada armada Phyrexian juga dapat bermain dengan Incubator – artifak yang masuk dengan beberapa counter +1/+1 dan boleh bertukar menjadi makhluk dengan membayar dua mana.

Kedua-dua barisan produk Jumpstart dan Commander kembali untuk March of the Machine dengan lima tema menarik bagi dek Commander:

  • Phyrexian Cats
  • Zhalfir Knights
  • Shaman Creatures
  • Convoke Angels
  • Gremlin Artifacts

Lima tema Jumpstart booster baharu juga akan diperkenalkan:

  • Brood
  • Overachiever
  • Expendable
  • Reinforcement
  • Buff

Semua ‘showcase frame’ daripada set terbaharu akan dipaparkan dalam March of the Machine bersama beberapa frame baharu untuk mewakili alam tambahan. Showcase frame ini akan tertumpu terutamanya pada Multiverse Legends: pasukan makhluk Legendary yang sedang melawan pencerobohan Phyrexian.

Selain itu, corak baharu bernama Halo Foil akan muncul untuk kad Multiverse Legends dalam Collector Boosters sahaja. Akhir sekali, perayaan ulang tahun ke-30 diteruskan dengan tiga lagi kad promosi unik yang dikeluarkan di kedai WPN (Wizards Play Network) untuk meraikan pelancaran March of the Machine.

Bagi sesiapa yang berminat, MtG: March of the Machine akan tersedia sebagai Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Jumpstart Boosters, Welcome Boosters, Commander decks, Bundles dan Secret Lair.

Untuk maklumat lanjut tentang March of the Machine, sila layari laman web rasmi di SINI. Baca segala liputan kami tentang MtG di SINI.

Tags: March of the MachineMTGTabletop
ShareTweetSend
Previous Post

Kolab Fortnite X Attack on Titan kini tersedia! Peluang bermain sebagai Eren Jeager!

Next Post

Destroy All Humans! 2 – Reprobed Singleplayer Edition Akan Hadir ke PS4 & Xbox One pada Jun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Destroy All Humans! 2 – Reprobed Singleplayer Edition Akan Hadir ke PS4 & Xbox One pada Jun Ini!

Destroy All Humans! 2 – Reprobed Singleplayer Edition Akan Hadir ke PS4 & Xbox One pada Jun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd