Akhirnya, kolaborasi bersama Attack on Titan kini tersedia dengan menampilkan Eren Jeager, Captain Levi dan Mikasa Ackermann di dalam Fortnite. Bukan setakat skin sahaja, anda juga boleh menjadi salah seorang “Special Operations Squad” di dalam game nanti. Hebat kan.
Rasa tidak lengkap kalau dah jadi Special Operation Squad tetapi tidak memakai skin AOT. Untuk mendapatkan skin Eren Jeager, anda boleh mendapatkannya di dalam Battle Pass. Selain skin Eren, anda juga boleh dapatkan item lain seperti “Loading Screen, Spray, Back Bling, Emote, Pickaxe” dan banyak lagi.
Manakala skin Captain Levi dan Mikasa Ackermann, ia boleh didapatkan di dalam store. Skin ini juga dilengkapi dengan “Back Bling” yang berlainan.
- Captain Levi bersama Transformation Serum Back Bling
- Mikasa Ackerman bersama Ore Light Back Bling
Mereka juga menyediakan Regiment Cloak Back Bling di mana anda boleh menukar emblem yang dipaparkan di belakang. Anda boleh menggunakan Garrison, Military Police, Cadet Corps ataupun Scout.
Untuk menjadi Special Operation Squad yang sebenar, mereka menyediakan Omni-Directional Mobility (ODM) Gear dan Thunder Spears. Anda boleh mendapatkan di atas tanah, Chest dan juga Scout Regiment Footlockers. Memang banyak yang gunakan nanti. Bersediakah anda?
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi Attack on Titan bersama Fortnite kini tersedia dan dapatkan skin Eren Jeager, Captain Levi dan Mikasa Ackermann.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post