Filem World of Warcraft baru dilaporkan akan muncul dan itu adalah berita baik untuk peminat siri ini di mana Legendary Pictures sudah mempunyai ansuran WoW yang seterusnya dalam pembikinan menurut Daniel Ritchman di Patreon. Travis Fimmel daripada siri Vikings telah membintangi filem pertama, yang tidak benar-benar berjaya di pasaran Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, World of Warcraft berjaya meraih keuntungan yang bagus di luar negara yang menunjukkan bahawa selera penonton mungkin ada pada adegan CGI. Duncan Moon telah mengarahkan filem pertama dan berkeras bahwa ada lebih banyak ruang untuk meneroka World of Warcraft dalam projek-projek berikutnya. Kita hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada Blizzard sendiri untuk maklumat lanjut.
Pada tahun 2017, Fimmel memberitahu Crave bahawa bekerja di Vikings benar-benar membantunya mengumpulkan kemahiran untuk Warcraft.
“Ia sangat membantu dan sangat berbeza. Warcraft sangat berorientasikan motion capture dan kesan khas. Kami memakai kostum perisai sehingga saya tidak dapat melalui pintu. Anda tidak dapat mengangkat tangan di atas kepala semasa memakainya, tetapi Viking sedikit lebih semula jadi dalam pertempuran.”
Berkenaan dengan populariti siri Warcraft, pelakon itu juga amat mengetahui tentang francais. Apabila memasuki projek besar yang sudah diberkati dengan jumlah peminat yang ramai, sudah tentu, kita harus bersiap sedia memberi persembahan 100% terbaik.
“Memang sangat mengagumkan berapa ramai yang bermain permainan ini. Saya melihat semua visual. Filem ini sangat dekat dengan Warcraft. Mereka benar-benar memastikan filem ini mengikuti permainan dan anda mendapat gambaran yang cukup baik hanya daripada melihat apa yang kami lakukan di set.”
Adakah korang bersemangat untuk filem baru WoW? Beritahu saya pendapat anda di ruang komen~
@gamersantaimy
Discussion about this post