Dragon Ball Super telah menuju ke satu konsep utama iaitu evolusi kekuatan seorang Saiyan. DBS bermula dengan Goku memahirkan kuasa Super Saiyan God, yang membuka pintu untuk kekuatan baru. Setelah menguasai Super Saiyan God, Goku dan Vegeta menggabungkan sumber kuasa baru tersebut dengan kebolehan Super Saiyan mereka, untuk membuka Super Saiyan Blue.
Walau bagaimanapun, penamat sebenar pada konsep evolusi ini adalah ketika Goku membuka kekuatan Ultra Instinct semasa Tournament of Power. Namun, dia hanya mencapai Ultra Instinct atas sebab keterdesakan, lantas menyebabkan tempoh kebolehan itu berakhir dengan sangat cepat. Dalam bab terbaru manga Dragon Ball Super, Goku akhirnya menguasai Ultra Instinct, dan kami mendapat pandangan rasmi untuk bentuk terakhir Ultra Instinct!
Amaran: SPOILER untuk Dragon Ball Super bab 64!
Dalam manga Dragon Ball Super bab 64, Goku masih sedih akibat kematian guru dan rakannya, Merus. Merus memilih untuk mengutamakan peranannya sebagai anggota Galactic Patrol daripada identitinya sebagai malaikat, lalu melanggar Undang-Undang Malaikat dengan menggunakan kekuatan malaikatnya di dunia fana. Sebagai hukuman, Merus dihapuskan daripada realiti dan sekarang telah disahkan mati. Trauma itu mendorong Goku untuk sekali lagi menggunakan Ultra Instinct.
Iya, Goku mencapai Ultra Instinct, ya, tetapi ia jauh sekali berbeza daripada Super Saiyan. Goku tidak boleh melepasi sempadan limitasi, di mana Ultra Instinct menitikberatkan keseimbangan antara emosi semasa bertarung. Semasa Goku berusaha mencapai keseimbangan itu, Beerus dan Whis memerhati jika wira kesayangan kami semua dapat melakukan sesuatu yang bahkan tidak dapat dilakukan oleh para dewa lain.
Berkat latihan Merus, Goku dapat mengawal kekuatan dan emosinya yang berubah kepada sifat ketenangan yang diperlukan oleh Ultra Instinct. Ketika Goku dikelilingi oleh tenaga Ki, rakan-rakan Z-Fighter, Gohan, Piccolo, Beerus dan Whis, tampak kagum. Beerus menandakan saat itu dengan mengatakan “Nampaknya, ia berjalan lancar,” tetapi Whis menambahkan pengesahan rasmi yang setiap peminat ingin dengar:
“Kami akan menyaksikan Ultra Instinct Perfected!”
Ini bukan pertama kalinya kita mendengar istilah “Perfected Ultra Instinct,” kerana ia adalah istilah yang popular ketika Tournament of Power. Sejak itu, pelbagai bentuk berbeza untuk Ultra Instinct diperkenalkan. “Autonomous Ultra Instinct” adalah salah satu istilah pertama; manakala “Mastered Ultra Instinct” adalah gelaran yang lebih popular. Goku bahkan memanggilnya sebagai “True Ultra Instinct” semasa pratonton untuk anime DBS. Agak mengelirukan di sini kan..
Story arc terbaru Dragon Ball Super telah banyak membantu menjelaskan tentang Ultra Instinct, dan nama rasmi untuk dua peringkat utamanya. Di sini ialah huraian pendek daripada saya:
- Ultra Instinct Omen – Bentuk Ultra Instinct yang lebih rendah dan tidak stabil, dan menjadikan tubuh pengguna lebih mudah lemah dan kehabisan tenaga.
- Perfected Ultra Instinct – Keadaan paling tenang dan stabil, di mana pengguna bertarung tanpa berfikir dan hanya menggunakan naluri.
Itu sahaja untuk artikel ini. Saya tidak akan cerita apa yang berlaku selebihnya dan ia bergantung kepada anda semua untuk mempelajari apa terjadi. Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post