Telah dimaklumkan oleh pihak Developer Star Vault AB iaitu diorang tengah buat Alpha Access untuk game terbaru mereka “Mortal Royale“, Game yang bertemakan sama dengan Fortnite dan PUBG. Tapi game ni ada twist dia, kalau Battle Royale lain pakai Pistol, Rifle dan seangkatannya, tapi Mortal Royale ni lebih kepada senjata-senjata zaman Renaissance dulu macam Pedang, Dagger, Magic spells dan macam-macam lagi.
Walaupun masih dalam Alpha Access lagi, Developer Star Vault AB telah buat video dan beritahu apa yang boleh dijangka dalam final product nanti, walaupun ada beberapa peminat game yang risau kerana ini bukan kali pertama developer game buat pelbagai game ala-ala Fortnite ataupun PUBG tetapi sangat banyak tiruan dan tak original dalam Battle Royale ni, tapi Mortal Royale ni lain.
Sebab apa lain? Sebab antara semua Battle Royale selain Fortnite, PUBG, dan lain-lain, ini adalah satu-satunya game yang bertemakan zaman Renaissance dan hanya menggunakan elemen-elemen head on battle, tak perlu nak snipe orang dari jauh. Early Access untuk game ni akan dikeluarkan pada January 2019, tapi kalau nak cuba sekarang, korang just sign up untuk jadi tester untuk diorang.
Bagi aku, Mortal Royale adalah sesuatu yang fresh dan interesting, sebab aku pun nak cari game battle royale lain tapi aku perlukan elemen yang tak ada kat Fortnite ataupun PUBG. Nevertheless, aku rasa game ni boleh pergi jauh kalau Developer ni betul-betul fokus dan dengar cakap peminat.
@gamersantaimy
Discussion about this post