Kan dah cakap, fenomena Digimon tidak akan berakhir sempena ulangtahun ke-20 ini, pulak-pulak dengan kehadiran permainan terbaru Digimon seperti Digimon Rearise, atau yang akan datang seperti Digimon Story Cyber Sleuth dan Digimon Survive juga filem yang dinanti-nantikan dan akan ditayangkan di GSC Cinemas tahun hadapan iaitu DIGIMON Adventure: Last Evolution Kizuna. Kali ini bukan permainan video atau filem pula yang akan kami kongsikan, sebaliknya Patung Figurin MAGNAMON yang terdiri dari senarai Digimon Royal Knights yang menjadi perhatian kami kali ini!
Dari Veemon dan menjadi Royal Knights Magnamon, berjeniskan Holy Knight ataupun pahlawan, kali ini King Studio telah membuat model figurin Magnamon dan dijadualkan dalam penjualan tempatan pada tahun 2020! Tidak perlu bersusah payah, untuk mencari di Jepun untuk model figurin idaman ini kerana Game Harbors telah membuka pra-pembelian dan harus membayar 60% wang muka untuk model ini! Harga bagi pra-pembelian ini adalah RM660.00!
Wow cantik kan model patung ini?
Ketinggian, lebar dan panjang model Magnamon ini masing-masing adalah 28cm, 26cm dan 25cm, serta pembuatan tanganya nampak sangat halus! Model ini dapat mengembalikan imej watak dalam animasi dengan sempurna. Menurut pengenalan rasmi, Magnamon adalah satu-satunya Digimon lengkap di Royal Knights of Digimon. Perisai yang diperbuat daripada aloi digital logam super menjadikan ia mempunyai pertahanan yang baik dan kuasa menyerang yang setanding dengan badan yang ekstrim.
Dengan ketinggian dan lebar serbegini, nyata ia agak berbaloi dengan harganya. Hanya kini masih menjadi tanda tanya adalah berat keseluruhan nya. Tetapi itu tidak membimbangkan sama sekali kerana keseluruhan dan sekeliling model Magnamon ini tersangatlah memukau mata!
Buat masa kini, model figurin Magnamon tersangatlah terhad dan dijual sebanyak 100 unit sahaja di seluruh dunia! Dijangkakan akan dijual pada Mac atau April 2020, jangan lepaskan peluang anda untuk pra-pembelian dengan harga RM660.00! Kalau anda memang peminat tegar Digimon atau si kuat dari ahli Royal Knights ini, anda jangan lepaskan peluang ini, kilik butang dibawah dan pra-pembelian sekarang!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post