Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2025
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Share on FacebookShare on Twitter

Monster Hunter Wilds, entri terbaru Capcom dalam siri RPG aksi yang disukai ramai, kini menerima kritikan negatif daripada komuniti pemain PC. Walaupun pelancarannya awal tahun ini mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan, ulasan Monster Hunter Wilds di Steam kini merosot dengan teruk dan berada pada tahap “overwhelmingly negative”.

Penilaian keseluruhan juga telah jatuh ke status “mixed”, hasil daripada kekecewaan pengguna terutama mengenai prestasi permainan yang dikatakan sangat lemah di platform PC.

Ramai pemain tidak berselindung dalam meluahkan rasa tidak puas hati. Ada yang menyifatkan game ini sebagai “rosak teruk,” manakala ada pula yang menyindir, “nenek saya berjalan lebih baik daripada game ini.”

Komen sebegini menggambarkan betapa seriusnya masalah prestasi yang menghantui Monster Hunter Wilds sejak ia dilancarkan pada Februari.

Walaupun Capcom telah menerima pelbagai maklum balas selama beberapa bulan, tiada kemas kini atau patch yang benar-benar menyelesaikan isu ini, sekali gus memburukkan lagi rasa kecewa dalam kalangan peminat setia.

Gelombang kemarahan ini juga dilihat sebagai satu tindakan bersepadu—dikenali sebagai “review bombing”—di mana pemain secara sengaja memberi ulasan negatif untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap Capcom.

Berdasarkan data dari SteamDB, jumlah pemain serentak dalam tempoh 24 jam hanya mencecah 14,123—jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kemuncak sepanjang masa yang pernah mencecah lebih 1.3 juta.

Malah, Monster Hunter: World yang dilancarkan pada 2018 baru-baru ini mencatatkan angka 23,344 pemain serentak dalam tempoh 24 jam, mengatasi Wilds dengan ketara.

Selain isu prestasi, pemain turut menyuarakan keluhan lain. Ramai beranggapan Monster Hunter Wilds kurang mencabar berbanding game-game terdahulu dalam siri ini. Ada yang mencadangkan agar Capcom memperkenalkan expansion berskala besar seperti Iceborne yang berjaya menaikkan semula Monster Hunter: World satu ketika dahulu.

Kekurangan kandungan baharu juga menjadi rungutan utama, walaupun sebahagian pemain masih menaruh harapan kepada Title Update 2 yang dijangka akan datang tidak lama lagi.

Monster Hunter Wilds boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

Next Post

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul
Teknologi

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul

July 18, 2025
Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW
Steam

Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW

July 18, 2025
Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!
Anime

Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!

July 18, 2025
Next Post
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd