Capcom telah mengumumkan Monster Hunter Rise: Sunbreak yang akan dilancarkan pada 30 Jun 2022 di Ninterndo Switch dan PC melalui Steam. Ini merupakan satu penambahan yang besar dan sudah pasti akan adanya penambahan content yang baru dan lebih menarik.
Banyak yang akan ditambah dalam game ini termasuklah The Three Lords, spesis-spesis monster, kawasan, headquater yang baru dan banyak lagi. Korang boleh tengok butiran-butiran content tersebut di bawah.
The Three Lords
- Malzeno
- Malzeno adalah Naga tua yang mempunyai sisik perak yang elegen dan boleh menyerap tenaga kehidupan lain. Naga ini lebih suka merayap pada waktu malam dan akan menyerang mangsanya dari belakang. Walaupun penampilan nampak elegen, naga ini sangat bahaya dan nampak lebih jahat selepas ia menghabiskan tenaga.
- Garangolm
- Satu monster yang sangat besar dan mempunyai cecair getah yang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuhan serta membentuk simbiosis hubungan dengan flora yang tumbuh di badan mereka. Cecair getah itu juga boleh membantu monster ini mengeraskan tumbuhan dan tanah disekeliling mereka untuk membentuk kulit badan dan meningkatkan serangan mereka.
- Lunagaron
- Lunagaron merupakan monster jenis Wyvern yang bertaring biru dan mempunyai organ yang membolehkan ia menyedut udara serta membentuk satu thermoregulation untuk melindungi dirinya. ia boleh berjalan jarak yang jauh dan boleh bertahan perubahan persekitaran walaupun hidup bersama dengan habitat yang lain.
Spesis baru dari siri Monster Hunter
- Blood Orange Bishaten
- Monster ini membawa pinecone dalam kantung perut mereka. Mereka boleh lempar pinecone itu kepada pemburu dan menggunakan serangan nafas mereka untuk menyalakannya.
- Astalos
- Merupakan monster yang mempunyai organ yang bergetar untuk menghasilkan dan simpan tenaga elektrik sebanyak yang mungkin.
The Citadel
The Citadel merupakan kawasan yang baru dan berpusat di sekitar runtuhan istana lama serta menampilkan pelbagai persekitaran yang terdiri daripada kawasan yang diliputi hutan kepada kawasan ais beku. Ia adalah rumah bagi monster yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Sebelum diserang monster, tempat ini merupakan kerajaan yang mempunyai istana dan pekan. Kesan yang terdapat di istana nampak sangat jelas bahawa pertempuran antara kerajaan dengan monster sangat sengit.
Elgado Outpost, The Research Team’s Headquaters
Elgado adalah rumah untuk pasukan penyelidik dan kawasan outpost bagi kerajaan. Pasukan Penyelidik berada disini untuk mencari misteri tentang Malzeno dan monster yang lain. Outpost ini dipenuhi dengan Knights of the Royal Order, penyelidik, pelayar, peniaga dan pemburu upahan.
Outpost ini juga dilengkapi dengan sumber-sumber yang diperlukan untuk pemburu. Kamura Tea Shop juga tersedia untuk pemburu mendapatkan dango.
Watak NPC baharu
Kalau korang nak main game ini, pastikan korang beli sekali base game dia. Mana yang sudah mempunyai base game, korang dah boleh pre-order digital version mulai hari ini. Kepada yang nak cuba game ini pun boleh sebab mereka tengah buat sale di Nintendo eShop dan juga Steam.
Jom ramai-ramai sertai menjadi pemburu dalam Monster Hunter Rise: Sunbreak.
@gamersantaimy
Discussion about this post