Capcom dah umumkan yang Monster Hunter Generation Ultimate (MHGU) akan dilancarkan ke Platform Nintendo Switch! Dan ianya Eksklusif! Dilancarkan pada 28 Ogos 2018, korang boleh main MHGU secara local wireless ataupun secara online Multiplayer dengan 3 orang hunter lain, buat pertama kalinya.
Yang bestnya, korang boleh transfer data MHG korang yang lama, dan sambung ke MHGU! Akan ada banyak monster yang baru, yang korang kena lawan nanti. Selain dari pada itu, ciri yang best adalah Hunter Arts boleh di executed dengan sentuh skrin korang.
Selain itu, akan ada 6 hunting style yang berbeza untuk korang selami dan alami sendiri. Juga, ada Brave Style Rewards yang baru dimana korang akan perolehi point dengan move yang baru dan juga setiap pukulan korang yang berjaya kena kepada musuh.
Jadi, akan banyak perkara baru yang korang kena alam sendiri dan bereksperimen dengannya. Kepada peminat atau hunter semua, mesti korang tak sabar kan?
@gamersantaimy
Discussion about this post