Masih belum habis dengan serangan kolaborasi Angry Birds dan Winter Festival yang penuh dengan pelbagai misi untuk diselesaikan, juga dengan pelbagai kebocoran seperti drone akan hadir dalam permainan dan pelbagai lagi. Sehari sebelum Hari Krismas, PUBG Corp pemaju dibelakang permainan Battle Royale yang popular iaitu PUBG Mobile telah mengenalkan sebuah mod terbaru bernama Payload x War untuk EvoGrounds! Pekara ini juga telah diberitahu di laman Twitter rasmi mereka, dan sebuah ads banner kini turut muncul didalam permainan! Inilah masa pemain untuk menonjolkan segala aksi kombat yang sememangnya ada disalam ‘Mod War’ yang diikuti dengan letupan tanpa henti seperti didalam ‘Mod Payload’!
Bring out the big guns! Payload x War Mode has all the action of War Mode with the explosive potential of Payload Mode. Try it now in EvoGround! pic.twitter.com/5U6Y3mcfcl
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) December 24, 2019
Okay-okay kami kongsikan serba sedikit apa sebenarnya yang ada dalam mod terbaru Payload x War ini. Untuk memahami kedua mod ini, kita cuba untuk asingkan diantara dua mod ini secara berasingan seperti yang sedia ada dalam EvoGround iaitu mod Payload dan Mod War. Mod War adalah serupa dengan perlawanan kematian dimana pemain memberi respawn dalam perlawanan permainan pada selang masa tertentu. Menjelang akhir perlawanan zon biru terkunci dan pemain tidak dapat respawn lagi dengan memberi pengakhiran ibarat mod klasik Battle Royale.
Mod Payload pula membolehkan pemain menggunakan serangan dengan helikopter unutk menentang pihak lawan yang berada di jalanan. Pada masa yang sama, pemain yang berada dijalanan atau lapangan boleh memusnahkan helikopter tersebut dengan menembak, menggunakan peluncur roket atau bom tangan.
Beralih semula kepada mod terbaru ini, pemain akan berada di ‘safe zone’ yang kecil bersertakan ‘grenade launcher’. Pemain akan terus melawan sesama sendiri, manakala yang tewas akan respawn semula. Sama seperti mod War, akhir permainan pemain tidak lagi boleh respawn.
Jadi begitulah caranya untuk anda menikmati sendiri mod Payload dam mod War dalam waktu yang sama. Ia juga perlu diperhatikan bahawa mod baru ini datang hanya beberapa minggu selepas permainan ini melancarkan kemas kini 0.16.0. PUBG juga sedang menjalankan beberapa kemas kini yang akan datang termasuk sokongan HDR 10-bit dan sokongan 90FPS. Jadi buat masa ini, jangan lupa untuk menikmati sendiri mod Payload x War ini dan juga misi-misi Winter Festival okay!
Sumber: IdTv
@gamersantaimy
Discussion about this post