Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa mod Deathmatch 5vs5 telah diperkenalkan di Shadow Arena. Pemain dapat mengambil kesempatan ini untuk melatih Hero baru dan meningkatkan kemahiran bertarung pasukan mereka tanpa perlu risau tentang kedudukan.
Deathmatch adalah mod baru di mana sehingga 10 pemain dibahagikan kepada 2 pasukan yang bertarung satu sama lain sehingga satu pasukan mencapai 30 kill dalam 20 minit. Apabila pemain mati setelah HP mereka mencapai 0, mereka dapat respawn semula selepas 10 saat dan mereka boleh berubah menjadi Hero lain semasa cooldown respawn ini.
Dalam mod Deathmatch, permainan akan dimulakan apabila sekurang-kurangnya 2 pemain memasuki lobi. Pemain akan dimasukkan ke dalam pasukan Merah atau Biru dan akan diberikan 13 Skill Points bersama dengan gear blue-grade.
Item baru “Freeze Bomb” juga telah ditambahkan ke Shadow Arena. Freeze Bom memberikan kerosakan yang tinggi dan pembekuan selama 3 saat pada lawan yang berdekatan. Item baru ini dapat diperoleh pada kadar yang ditetapkan dengan mengalahkan monster dan dapat dilemparkan dengan mengarahkan ke arah yang diinginkan sambil berdiri di satu kawasan.
Lebih-lebih lagi, acara khas “Perfect Time for Shadow Arena!” sedang berlangsung sehingga diberitahu kelak. Pemain dapat menerima pelbagai ganjaran seperti sejumlah besar silver dan All-Hero Pass bergantung pada jumlah perlawanan Ranked Solo yang mereka mainkan.
Lawati laman web rasmi, Discord, Facebook, YouTube dan Twitter untuk maklumat lebih lanjut dan jangan lupa untuk muat turun permainan free-to-play ini ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post