Siri Gundam Versus telah menjadi sesuatu yang biasa kedengaran terutama dalam komuniti fighting games terutama pada zaman arked dan sekarang pemain berpeluang untuk menguji versi konsol terbaru untuk waktu yang terhad bagi sebuah permainan lagenda arked yang diberi nafas baru untuk pengeluaran platform konsol. Permainan yang dimaksudkan adalah Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON (Maxiboost ON) yang telah membuka Network Test untuk hujung minggu lalu yang dijadualkan akan lancarkan permainan penuh dalam musim panas ini!
Server beta tertutup ini dibuka dari hari sabtu 25 April sehingga 26 April yang membawa beberapa pendaftar yang bertuah untuk mencubanya dan salah seorang yang bertuah tersebut adalah kami! Tidak seperti ujian beta yang lain membawa hanya beberapa watak untuk dimainkan, Bandai Namco Entertainment membuat kelainan dengan terdapat 183 pilihan Mobile Suits Gundam serta 36 stage untuk dimainkan dalam Maxiboost ON ini! Anda nak cari kegemaran anda seperti Avalanche Exia? Atau Doan Zaku? Kesemuanya ada didalam pilihan!
Mod yang boleh dimainkan disertakan dengan ujian ini merangkumi Player Matches, Casual Match dan Free Battles melawan AI walaupun pelepasan penuh permainan akan membawa kembali beberapa ciri kegemaran peminat seperti pertempuran split-screen dan perlawanan LAN.
Apakah Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON?
Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON adalah sebuah permainan arked GUNDAM yang popular di Jepun dan ianya akan hadir ke PlayStation 4, 30 Julai 2020 ini. Menampilkan sistem pertempuran yang ekstrim beserta Mobile Suits dari hampir keseluruhan sejarah Gundam, kami berpeluang bertarung dalam kombat 2 vs 2 yang hebat!
Jalan permainan dalam Network Test ini!
Jadi kami menghabiskan hujung minggu kami dalam Network Test Maxiboost ON ini. Permainan ini sangat mirip dengan Gundam Versus. Malah kawalannya juga sama dengan mengemudi Mobile Suits yang kami pilih. Tetapi seperti biasa untuk ujian beta, hanya ada beberapa mod terhad untuk dicuba seperti yang dinyatakan diatas tadi iaitu Online matches Player Matches dan Casual Match, juga Free Battles.
Free Battle:
Oleh itu, kami berjaya mencuba Free Battle, di mana kami boleh bermain sebagai satu pasukan 2 vs 2 AI. Ini bermaksud kita boleh bermain dengan rakan kita atau hanya bermain dengan Ai. Sebelum memulakan permainan, kita boleh memilih ‘Stage’ di mana kita mahu bermain seperti Side 7, Colony Laser, Transcend dan banyak lagi. Juga terdapat banyak Gundam dari semua francais dalam anime untuk dipilih!
Terdapat sejumlah 183 unit Mobile Suits dari seluruh Gundam Universe yang boleh kita cuba dalam Network Test ini. Setiap Gundam mempunyai kebolehan khas mereka sendiri dengan kekuatan terendah Gundam adalah 1500 dan tertinggi adalah 3000. Kami mencuba ZZ Gundam FA, yang ditingkatkan dari MSZ-010S Enhanced ZZ Gundam yang muncul di Mobile Suit Gundam ZZ. Rasa benar-benar OP ketika menggunakannya, kerosakan yang diberi pada pihak lawan sudah cukup tinggi, satu-satunya masalah, ia agak berat dan lambat untuk bergerak ke sesuatu kawasan termasuk terbang.
Juga sebelum permainan dimulakan dalam Free Battle, kita juga dapat memilih BGM yang hendak didengari dan juga kesukaran tahap pemain dari Easy, Normal dan Hard.
Online Battle:
Terdapat dua mod dalam talian yang kami dapat mainkan, satu adalah Casual Match dan satu lagi Player Match. Untuk Casual macth agak sukar bagi kami untuk mencari pemain sehingga ianya terkeluar sendiri dari lobi. Jadi kami cuba bermain dengan menyertai Player Match iaitu Room yang dibuka dari pemain lain. Sebenarnya kita juga boleh membuka sendiri room, dengan pelbagai pilihan sehingga boleh memasukkan sehingga 18 orang pemain. Cuma mungkin ini adalah masalah teknikal, setiap kali kami cuba buka room open kepada semua pemain, ianya tidak menjadi dan akan terkeluar sendiri. Bila memasuki room pemain lain, kita dapat melihat sama ada room tersebut sudah penuh atau tidak. Jika belum penuh, kita dapat memilih slot Team mana untuk masuk dan satu lagi pemain untuk menjadi Team kita.
Untuk permainan dalam talian ini pastikan anda memilih dahulu mobile suits kegemaran anda agar perlawanan menjadi lebih mudah sebelum bermula. Dalam permainan talian juga, kami dapat melihat statistik setiap pemain lain yang termasuk berapa perlawanan yang telah mereka mainkan dan berapa kemenangan mereka didalam room tersebut. Jalan permainan dalam talian tersangatlah lancar jadi tidak perlu risau jika bermain dalam talian. Pastikan anda ada internet sahaja dah mencukupi! Haa juga, kita dapat chat dengan pemain lain didalam room serta add mereka sebagai rakan dalam permainan.
Kawalan Serangan:
Setiap kali sebelum memulakan permainan, kita dapat memilih antara tiga Sistem EX BURST yang berbeza: FIGHTING BURST, EXTEND BURST dan SHOOTING BURST. Ketiga-tiga ini ada kelebihannya ketika perlawanan, antaranya;
- Fighting Burst
- Serang lawan dengan serangan jarak dekat yang kuat;
- Extend Burst
- Rebut kemenangan dari rahsia kekalahan;
- Shooting Burst
- Hapuskan musuh dengan rentetan jarak jauh
Serangan asas adalah serangan Range and Melee (Menggunakan butang Petak dan Segitiga), Sub shot (R1); Tukar sasaran ke musuh lain (butang Bulat); Lompat dan terbang (butang X). Terdapat beberapa serangan khas untuk digunakan juga seperti Fire Special Weapon, dimana ia datang dari bahagian khas gundam. Anda boleh menggunakan senjata khas dengan menekan (L2). Juga mempunyai Special Melee Attack dengan menekan (R2). Serangan yang paling digemari dan paling kuat adalah EX Burst. Tetapi kita perlu menunggu sehingga gauge bar sepenuhnya penuh dan kita dapat menekan (R3) untuk menggunakan serangan yang sangat istimewa itu bagi meletupkan musuh! Pada pemain yang rasa tidak selesa dengan butang asas pengawalan, jangan risau, anda boleh menukarnya bila-bila masa.
Ia menyeronokkan kerana anda boleh terbang di mana sahaja bila-bila masa anda mahu juga. Alaa konon-konon Bumblebee gitue~ Pastikan anda begerak laju dan tahu bagaimana membatalkan dashing dan terus menembak pada musuh. Untuk menggunakan serangan jarak dekat, anda harus dekat dengan musuh sehingga anda dapat melancarkan serangan anda. Serangan melee sememangnya kuat, tapi malangnya, sebelum anda memberikan musuh yang kerosakan yang teruk, anda mati terlebih dahulu, sebab teman musuh serang anda dari belakang menggunakan EX Burst pulak~
Ciri CUSTOMIZATION!
Terdapat beberapa perkara yang dapat kami dapat kustomkan, termasuk Mobile Suits, Navi, Emblem, Gauge Design kegemaran anda, tetapan butang kawalan, suara dan BGM yang anda juga boleh memuat turun lagu-lagu kegemaran anda! Ya, permainan akan membaca fail MP3 yang diimport ke dalam sistem PS4 melalui USB luaran untuk anda mendengar lagu kegemaran dalam BGM anda.
- Mobile Suits
- Terdapat banyak Gundam untuk anda pilih dalam kegemaran anda. Sebanyak 10 slot bagi setiap pemain untuk diisi. Pilih kegemaran anda dengan bijak sehingga mudah untuk anda bermain dalam mod dalam talian kemudian.
- Navi
- Pilotnya~ Terdapat sejumlah 75 pilot yang harus dipilih dan semuanya berasal dari alam semesta gundam kegemaran anda. Ya, anda mungkin akan melihat Diana Soriel, Relena Darlian, Judau Ashta dan banyak lagi!
- Emblem
- Untuk lambang gambar anda. Terdapat sejumlah 87 lambang, tetapi kita hanya dapat menggunakan 1 untuk masa sekarang.
- Gauge Design
- Anda boleh menukar warna bar gauge anda. Terdapat beberapa pilihan untuk dipilih oleh pemain.
Keseluruhan Pengalaman dan Kesimpulan
Buat masa sekarang ini, mungkin masih tidak banyak mod yang dibuka kepada pemain disebabkan Network Test. Tetapi, kami mengharapkan agar lebih banyak mod yang akan ditambah dalam Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON ini seperti Mod Story.
Segala kawalan juga sangat mudah untuk diingati, tiada masalah dalam kesukaran untuk mengawal mobile suits anda! Cuma kalau nak jadi pro tu, mungkin perlu masa sedikit untuk tahu kelebihan setiap Mobile Suits. Yala kan, sebab ini pertempuran yang pantas, jadi agak sukar membaca cara serangan dan penggarakan musuh itu.
Semua pertempuran juga agak lancar. Hanya kesukaran untuk mencari dan menunggu pemain bagi mod dalam talian. Rasa mengemudi Gundam yang sebenar walaupun permainan, ia sangat mengagumkan terutama bagi pemain yang sangat menyukai animenya. Lagi satu yang menarik bila kita dapat masukkan lagu sendiri dalam BGM permainan kita tu! Memang ohsem la!
Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON dijadualkan akan hadir ke seluruh dunia pada 30 Julai ini secara eksklusif di PlayStation 4. Anda juga boleh mendapat pelagai bonus dalam permainan jika pre-order sekarang dimana anda boleh rujuk semula artikel kami sebelum ini. Juga ada beberapa pekara yang turut producer permainan ini Akihito Chiba telah kongsikan dalam temuramah eksklusif kami! Jadi jangan lupa nantikan permainan penuhnya Julai ini!
@gamersantaimy
The Review
Mobile Suit Gundam Extreme Vs. Maxiboost ON
Memuaskan hati kerana banyak Mobile Suits yang dapat dimainkan. Cuma harus menambah beberapa mod lagi agar nampak lebih menarik
PROS
- Grafik hebat dengan banyak warna yang tidak membuat kita bosan
- Banyak Mobile Suits, Stages dan Pilot untuk kita pilih
- Boleh memasukkan lagu dalam BGM memang gempak lah!
CONS
- Pencarian lawan yang agak lama dalam talian
- Harus megubah sedikit pengawalan permainan kerana terlalu sama dengan Gundam Versus
- Harus menambah mod cerita supaya pemain tidak bosan untuk terus bermain vs dalam mod dalam talian
Discussion about this post