Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile RPG One Punch Man: World rasmi dilancarkan di Android, versi PC akan menyusul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2021
in Android, Anime, ARPG, Artikel, Berita, Mobile, PC
0 0
0
Mobile RPG One Punch Man: World rasmi dilancarkan di Android, versi PC akan menyusul!
0
SHARES
418
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat Perfect World sebelum ini telah mengumumkan ketibaan game mobile RPG baru berjudul “One Punch Man: World” yang diinspirasikan oleh manga/anime dengan nama yang sama. Baru diumumkan hari ini, game tersebut kini tersedia secara akses awal di Android manakala versi PC akan memulakan ujian beta mulai 3 November. Saya cuma nak pesan satu sahaja; game ini hanya tersedia dalam Bahasa Cina sahaja buat masa ini. Berikut adalah treler rasmi:

Menurut laman web rasmi: ini adalah maklumat tentang sistem permainan:

  • Penuh dengan keseronokan pertempuran
    • Pertempuran akan menggandakan keseronokan anda! Pelbagai kemahiran combo bagi setiap hero menanti anda untuk mencuba! Kombo tanpa had dan corak serangan yang pelbagai, mari datang dan terokai aksi ini sendiri!
  • Adegan pertempuran BOS besar
    • Super BOSS seperti Deep Sea King, Boros dan Carnage Kabuto semuanya ada di mana kita perlu kalahkan mereka untuk dapatkan ganjaran! Tidak ada pertempuran automatik, kerana setiap pergerakan dikendalikan oleh tangan kita! Halang, mengelak dan serang pada masa yang tepat, beginilah aksi sebenar! Gunakan tangan dengan pantas untuk mengawal cara anda bertarung!
  • Teroka dunia yang dinamik
    • Dunia bukan sekadar aksi sahaja! Enjin dalam permainan membina dunia yang dinamik, dengan sistem cuaca siang dan malam yang menunjukkan persekitaran ekologi. Setiap jalan juga bebas untuk diteroka, dan terdapat banyak mini-game yang menarik seperti berlumba dan memancing. Lawan, bermain, dan meneroka dengan bebas, ini adalah dunia anda!

Secara sekilas pandang, semua watak, adegan dan sistem pertarungan nampak direka dengan baik dalam One Punch Man: World sama seperti versi anime! Tetapi apa pendapat anda, lagi-lagi para peminat One Punch Man? Jika ada sesiapa yang ingin mengetahui lebih banyak lanjut, anda boleh menyemak di laman web rasmi di SINI.

Andai kata berminat, anda boleh memuat turun di SINI.

Untuk segala liputan kami tentang One Punch Man, sila tekan pautan INI.

Sumber – Wanuxi

Tags: animeMobileOne Punch ManOne Punch Man: WorldPC
Previous Post

Ini sebab kenapa anda perlu gunakan pelindung skrin pada Switch OLED!

Next Post

Anime Boruto mengambil formula lama, Chunin Exam Arc sah bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Anime Boruto mengambil formula lama, Chunin Exam Arc sah bermula!

Anime Boruto mengambil formula lama, Chunin Exam Arc sah bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd