Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile RPG Fantasian siap sedia untuk keluar di Apple Arcade pada tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2021
in Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
Mobile RPG Fantasian siap sedia untuk keluar di Apple Arcade pada tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Mistwalker sudah bersiap sedia untuk melancarkan RPG barunya, Fantasian, ke Apple Arcade tahun ini. Studio tersebut, yang telah mencipta permainan terkenal seperti Blue Dragon dan Lost Odyssey, mengumumkan bahawa Fantasian, yang dikembangkan selama tiga tahun, kini hampir selesai. Bagi mereka yang tidak tahu, Fantasian akan “membawa pemain melalui dunia unik yang terdiri daripada diorama buatan tangan.” RPG ini juga menampilkan muzik daripada Nobuo Uematsu, yang terkenal dengan karyanya dalam siri Final Fantasy, juga diciptakan oleh Hironobu Sakaguchi.

A happy new year!#FANTASIAN, the game we have been developing over the last 3 years is almost complete and is scheduled to be released on #AppleArcade this year.
The game is an RPG that takes players through a unique world handcrafted dioramas: music by Mr. Uematsu.@AppleArcade pic.twitter.com/ZCKDVn7fYR

— 坂口博信 (@auuo) January 1, 2021

Dalam satu temuramah bersama Famitsu, pengasas Mistwalker, Hironobu Sakaguchi berkata:

“Fantasian, yang telah kami kembangkan selama tiga tahun, akhirnya hampir selesai. Ia akan dilancarkan untuk Apple Arcade pada tahun 2021.”

Fantasian pernah tampil dalam sebuah video pada Mac 2019 di mana Sakaguchi sedang menyemak model dan prop yang dibuat khusus untuk permainan, dan nampaknya mengambil sedikit inspirasi daripada dunia Final Fantasy. Dalam video itu, Sakaguchi memberitahu bahawa:

“Fantasian adalah permainan yang tidak seharusnya wujud. Setiap hari adalah satu cabaran, mencipta dunia permainan dengan tangan. Kami membina diorama, menangkap gambar dan menambahkan watak 3D. Saya agak takut dengan berapa banyak set yang akan kita hasilkan pada penghujungnya. “

https://www.youtube.com/watch?t=76&v=67umVefSXnY&feature=youtu.be

The world of #Fantasian began from Hironobu Sakaguchi(@auuo)'s intricate storytelling and elaborate conceptual art.

We will be introducing Manabu Kusunoki's somehow nostalgic yet original fantasy world. Stay tuned for more information on this handcrafted diorama adventure! pic.twitter.com/cdUB2n8p08

— MISTWALKER Corp. (@mistwalker) August 13, 2020

Nampaknya penantian untuk Fantasian hampir berakhir dan peminat pun tidak perlu menunggu lama lagi untuk melihat ia hadir ke Apple Arcade. Mereka yang ingin melihat dunia Fantasian boleh mengunjungi halaman Twitter rasmi Miswalker ntuk melihat seni konsep permainan dan diorama buatan tangan.

Tags: Apple ArcadeFantasianiOSMistwalkerMobile
Previous Post

Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!

Next Post

Tonton siri tokusatsu ikonik Garo secara percuma di Youtube sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Tonton siri tokusatsu ikonik Garo secara percuma di Youtube sekarang!

Tonton siri tokusatsu ikonik Garo secara percuma di Youtube sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd