Baru-baru ini, Moonton telah mengeluarkan hero baru bernama Yi di advance server. Bagi mereka yang belum tahu, Yi adalah seorang mage rumit dengan 2 bentuk, iaitu Yin dan Yang. Dia mempunyai keupayaan unik untuk “debuff“, melakukan “damage” yang besar, menjadi hero “support” dan lain-lain dalam permainan Mobile Legends. Berita baik ialah Yi boleh ditebus secara percuma sebagai sebahagian daripada acara 515.
Menurut laporan, acara tersebut akan berlangsung pada 25 April hingga 25 Mei 2020. Pemain yang menyertai acara akan mendapat beberapa barangan premium percuma seperti tiket MCL, Fragment, dan banyak lagi termasuk hero baru Yi. Butiran maklumat menurut laporan adalah seperti berikut:
- 9 Mei: Login dan dapatkan 200 Party Ticket (mata wang untuk acara).
- 16 Mei: Login dan dapatkan hero mage baru Yi secara percuma.
- 23 Mei: Login dan sertai acara untuk mendapatkan skin elite percuma dalam permainan.
Bagi mereka yang berminat dengan kebolehan dan abiliti Yi, anda boleh tonton gameplay nya pada video di bawah:
Dengan skill set yang luas dan sangat-sangat kuat, Yi pasti jadi salah seorang mage yang bakal direbutkan di Rank. Jadi, pastikan anda semua login pada hari itu untuk mendapatkannya secara percuma!
@gamersantaimy
Discussion about this post