Walaupun terdapat beberapa kontroversi tentang isu mikrotransaksi untuk game ini, Diablo Immortal nampaknya adalah projek yang berjaya bagi Activision Blizzard kerana selepas dua minggu dikeluarkan, game ini berjaya memperoleh kira-kira $24 juta (anggaran RM105,648,000.00) menurut info daripada Appmagic.
Menurut data yang diperoleh dari AppMagic melalui Pocket Gamer – sejak dikeluarkan pada 2 Jun di platform mobile, Diablo Immortal telah dimuat turun hampir 8.5 juta kali di mana pemain telah membelanjakan sebanyak $24 juta untuk melakukan transaksi dalam permainan. Hasilnya transaksi ini dibahagikan hampir sama antara App Store dan Android Apple, dengan jumlah nilai $13 juta dan $11.3 juta untuk kedai masing-masing.
Dipecahkan mengikut negara, Jepun menyumbang 8% daripada jumlah perbelanjaan, Jerman 6%, dan Kanada 3%, dengan AS (44%) dan Korea (22%) sebagai majoriti untuk wang yang dibelanjakan. Negara kita Malaysia pun tersenarai dan merupakan antara negara terkandung dalam jumlah 17% (jumlah ini dikira berdasarkan campuran negara-negara lain).
Walaupun datanya nampak hebat dan menjanjikan, mengapa saya kata game ini teruk kena kecam? Itu disebabkan oleh masalah mikrotransaksi yang terlalu mahal dan tidak adil. Terdapat seorang pemain yang telah menghabiskan duit lebih daripada $110,000 (anggaran RM 483,229.94). Walaupun telah menghabiskan duit sebanyak itu, dia masih tidak dapat menaikkan level watak sepenuhnya.
Disebabkan itu halaman Diablo Immortal di Metacritic telah dibanjiri oleh komen dan ulasan negatif sehingga menyebabkan skor hanya 0.3 (buat masa penulisan).
Persoalan: adakah Blizzard akan mendengar kritikan negatif dan menambah baik game tersebut? Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat yang mengatakan mereka akan menambah baik game tersebut.
Selain itu, Blizzard baru-baru ini mengumumkan bahawa Overwatch 2 akan menghapuskan mekanik loot box, dan sebaliknya mengesahkan bahawa game itu akan mempunyai in-game shop yang membolehkan pemain membeli item tanpa unsur perjudian.
Apa pendapat korang? Kenapa Blizzard masih keliru tentang aspek mikrotransaksi Diablo Immortal sedangkan ia berjaya dari segi keuntungan? Jom bincangkan di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post