Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Misi diteruskan! Ejen Ali Musim 3 akan bersiaran di Disney+ Hotstar mulai 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Misi diteruskan! Ejen Ali Musim 3 akan bersiaran di Disney+ Hotstar mulai 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat animasi di Malaysia! Pada hari semalam, Primeworks Studios dan Wau Animation secara rasmi telah mengumumkan Musim 3 untuk siri animasi popular, Ejen Ali,  yang bakal disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 2022! Berikut adalah teaser:

Secara lebih khusus lagi, berita ini diumumkan semasa acara Disney+ Hotstar APAC Content Showcase, di mana pihak studio telah mendedahkan teaser pertama di atas untuk animasi Ejen Ali Musim 3 buat peminat yang lama menunggu. Diakui sebagai kerjasama pertama antara Primeworks Studios,  Wau Animation dan Disney+ Hotstar, penonton boleh melihat kesinambungan Ali dan rakan-rakan ketika mereka menghadapi lebih banyak misi berbahaya.

Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai “seorang murid sekolah rendah bernama Ali yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).”

“Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Dos dan Trez cuba mendapatkannya semula tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem I.R.I.S sehingga hanya dirinya sahaja yang mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baharu M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan baharunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.”

Pada masa yang sama, anda juga boleh tonton filem penuh Ejen Ali: The Movie di Disney+ Hotstar yang asalnya ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei pada 28 November 2019. Berikut adalah sinopsis:

Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya.

Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat. Bolehkan dia berjaya?

Untuk segala liputan kami tentang siri Ejen Ali termasuk game MOBA-nya, sila tekan pautan ini.

Tags: Disney+ HotstarEjen AliEjen Ali Musim 3MalaysiaPrimeworks StudiosWau Animation
Previous Post

Mangaka Attack on Titan minta maaf kepada MAPPA

Next Post

Cabaran mingguan Pokémon Unite kali ini mengecewakan ramai pemain

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Next Post
Cabaran mingguan Pokémon Unite kali ini mengecewakan ramai pemain

Cabaran mingguan Pokémon Unite kali ini mengecewakan ramai pemain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd