Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cabaran mingguan Pokémon Unite kali ini mengecewakan ramai pemain

Maira by Maira
October 15, 2021
in Artikel, Berita, Genre, MOBA, Mobile, Nintendo Switch
0 0
0
Cabaran mingguan Pokémon Unite kali ini mengecewakan ramai pemain
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada penglibatan pemain, Pokémon Unite menambah cabaran mingguan dengan syarat dan ganjaran tertentu, tetapi cabaran minggu ini, yang bertema di sekitar Garchomp, membuat beberapa pemain kecewa. Permainan MOBA ini mengambil banyak petunjuk dari tajuk masa lalu dalam genre ini dan merangkumi penggiliran watak percuma setiap minggu untuk dicuba oleh pemain, dan juga transaksi mikro.

Sumber: Reddit

Baru-baru ini, semakin banyak permainan yang menggunakan model “games as service”, yang menawarkan sedikit kemas kini dan kandungan sebagai pertukaran dalam permainan seperti skin watak atau DLC. Pokémon Unite juga tidak berbeza dengan permainan yang dirancang untuk dimainkan untuk jangka masa panjang dan menampilkan mikrotransaksi yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemain.

Walaupun sebilangan besar pemain tidak kisah jika transaksi mikro dikhaskan untuk item kosmetik, tetapi banyak juga yang tidak suka mengenai transaksi mikro ini jika ia mempengaruhi permainan tersebut. Pokémon Unite telah menghadapi hal itu sendiri, dengan tinjauan beberapa bulan yang lalu dengan tuduhan “pay to win”. Setiap pemain pasti ingin merasakan pengalaman yang sama dan jika mereka yang mempunyai wang mendapat kelebihan yang lebih, ia dilihat seperti tidak adil.

Beberapa hari yang lalu, Pokémon Unite melancarkan cabaran minggu ini, pengguna Reddit PumpkinKing333 dan yang lain tidak puas hati dengan syarat yang memerlukan mereka menggunakan Garchomp. Masalahnya di sini, Garchomp bukan salah satu watak pokemon yang percuma pada minggu ini. Jadi jika pemain belum memiliki watak tersebut, mereka harus membayar menggunakan mata wang dalam permainan atau menggunakan duit sebenar semata-mata untuk menyelesaikan cabaran tersebut.

RelatedPosts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Tetapi itu bukan satu-satunya masalah. Dalam bebenang Reddit yang sama, banyak juga cabaran lain yang memerlukan pemain untuk mengambil bahagian dalam 8 perlawanan rank bersama rakan. Nampaknya beberapa pemain Pokémon Unite adalah pemain solo, dan tidak mempunyai rakan untuk menyelesaikan cabaran tertentu. Kedua cabaran tersebut mungkin tidak dapat diselesaikan oleh pemain sehingga setengah dari ganjaran minggu ini tidak dapat dicapai. Skuad Pokémon Unite mungkin menjadi jawapan kepada masalah ini kerana pemain mudah berhubung dan menyertai hingga 30 pemain untuk bermain bersama. Tetapi pemain yang tidak menyertai mana-mana squad perlu mencari jalan penyelasaian mereka sendiri.

Kita faham permainan percuma seperti Pokémon Unite akan berusaha mencari pelbagai cara untuk membiayai pembangunan permainan yang berterusan, tetapi pemain akan terima transaksi mikro jika mereka tidak rasa terbeban dengannya. Pokémon Unite telah dituduh sebagai permainan “pay to win”, dan misi seperti ini yang hampir memerlukan wang sudah tentu tidak membantu dalam hal ini. Apa pendapat korang mengenai cabaran mingguan kali ini? Boleh tinggalkan komen di ruangan bawah. Jika anda ingin membaca liputan lain mengenai permainan ini, anda boleh klik pada pautan ini.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Tags: GarchompMOBAPokemon Unite
Previous Post

Misi diteruskan! Ejen Ali Musim 3 akan bersiaran di Disney+ Hotstar mulai 2022!

Next Post

Call of Duty: Vanguard Zombies – Bab terbaru dalam Dark Aether Saga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Call of Duty: Vanguard Zombies – Bab terbaru dalam Dark Aether Saga!

Call of Duty: Vanguard Zombies - Bab terbaru dalam Dark Aether Saga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd