Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!

Maira by Maira
July 21, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!
Share on FacebookShare on Twitter

Bercerita tentang sistem blockchain, rasanya mesti antara anda yang mengetahui tentang kewujudan NFT (Non-Fungible Token). Banyak juga syarikat yang menunjukkan minat dalam NFT tetapi banyak juga yang gagal. Baru-baru ini, pembangun Minecraft, Mojang telah mengeluarkan polisi mereka berkaitan NFT dan game tersebut. Ternyata NFT dan segala benda berkaitan blockchain tidak akan dibenarkan pada server dan client Minecraft.

Melalui blog rasmi Minecraft, polisi terbaru ini dilakukan untuk memastikan komuniti pemain Minecraft mendapatkan akses kepada kandungan game yang sama. Tetapi kewujudan NFT pada server boleh bercanggah dengan garis panduan dan asas game Minecraft. Jadi untuk memastikan pemain Minecraft mempunyai pengalaman bermain yang selamat dan inklusif, teknologi blockchain tidak dibenarkan untuk disepadukan dalam Minecraft termasuklah kandungan seperti world, skin, item persona atau mod yang berkaitan.

Mojang juga menyatakan bahawa mereka sedar tentang penggunaan serta populariti NFT pada game mereka dan memberikan beberapa sebab lain mengenai kelemahan NFT jika ia dibawa masuk ke Mincraft. Antaranya aset NFT yang mudah untuk dicuri, disalin malah penipuan yang banyak berlaku dengan penjualannya. Sebab itulah mereka tidak mahu Minecraft mempunyai kandungan blockchain tersebut.

Pihak mereka juga akan sentiasa memantau perkembangan teknologi blockchain setiap masa untuk memastikan ia selamat untuk pemain atau lebih praktikal dan inklusif untuk gaming. Tetapi buat masa sekarang, Mojang tidak akan benarkan penggunaan teknologi blockchain dalam game mereka.

Elok Minecraft tidak benarkan NFT dan blockchain dalam Minecraft, Square Enix pula masih lagi giat dengan projek NFT mereka. Baru-baru ini francais Final Fantasy pula yang mendapat projek NFT baru. Tengoklah apa jadi nanti. Apapun, kalau anda suka dengan berita ini, boleh baca berita lain daripada kami melalui pautan ini.

Tags: blockchainMinecraftmojangNFT
Previous Post

EA Sports FIFA 23 tambah Crossplay, Teknologi HyperMotion2 & Pasukan Wanita – Info lengkap!

Next Post

Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting

Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd