Minecraft baru sahaja membuat kemaskini terbaru dan yang paling besar dalam versi 1.11. Kemaskini ini adalah “Village & Pillage”, yang memberikan lebih banyak barangan baru dan penambahbaikan. Antara kemunculan baru tersebut ialah, kampung yang diperbaharui, penduduk baru, outposts, campire dan banyak lagi. Malah, mereka juga telah membaiki beberapa bugs yang kerap terjadi dalam game tersebut.
Terdapat bangunan jenis baharu yang telah ditambah bersama penduduk-penduduk baru. Mereka kini boleh tidur di atas katil dan menjalankan kerja pada waktu siang. Meja Cartography, Grindstone, Smoker, dan banyak lagi juga telah dimasukkan dalam versi ini. Villager Trading juga boleh dilakukan. Kemaskini terbaru ini juga menambah achievement baharu di mana pemain harus memukul loceng dengan musuh di kampung dan menggunakan grindstone.
Join in on the festivities and get ready for an all-new village adventure. The ‘Village & Pillage’ update is here, rolling out on both Java and Bedrock TODAY!
Java: https://t.co/AmUoKiRcZB
Bedrock: https://t.co/cf2gBsTTbj pic.twitter.com/bUHzFR5uam— Minecraft (@Minecraft) April 23, 2019
Minecraft, yang baru-baru ini menyertai Xbox Game Pass, kini merupakan permainan video kedua terbaik sepanjang masa, dengan jualan mencecah 154 juta sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2009. Ia terus berkembang, terutamanya selepas diperoleh oleh Microsoft pada tahun 2014, dan bahkan telah digunakan untuk membina replika kampus baru Microsoft untuk memperkenalkannya kepada pekerja baru. Ianya menarik untuk melihat Mojang dan Microsoft untuk terus menyokong Minecraft dengan kemaskini sebegini. Ianya boleh dimainkan di PC, Xbox One, iOS, Android dan juga Nintendo Switch!
Sumber: Minecraft Youtube / Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post